Pendaftaran Sukarelawan Sukan SUKMA 2022 Kini Dibuka

Program Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 kini dibuka untuk pengambilan.

Ia merupakan satu landasan untuk rakyat Malaysia turut serta dan memberikan sumbangan kepada penganjuran temasya Sukan Malaysia dan Para SUKMA ini, iaitu temasya dwi-tahunan yang mempunyai pelbagai acara sukan dan melibatkan 14 kontinjen seluruh negara.

Program ini adalah di bawah seliaan Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.

Secara keseluruhannya, menjangkakan untuk mengambil seramai 700 sukarelawan on-field di bawah program ini.

Pendaftaran Sukarelawan Sukan SUKMA 2022 Kini Dibuka 2

Baca juga:

Bidang Tugas:


Berikut adalah antara bidang tugas untuk para sukarelawan:

Pertamanya, setiap sukarelawan akan bertugas dalam salah satu dari 9 bidang tugas seperti yang dinyatakan di bawah.

Apabila ditugaskan nanti, setiap sukarelawan akan dipertanggungjawabkan dengan tugasan mengikut ketetapan yang diberikan.

Baca TERMA & SYARAT di SINI.

Tugas-Tugas Am:


Berikut adalah tugas-tugas para Sukarelawan SUKMA 2022:

  1. Anti Doping.
  2. Teknologi Maklumat & Komunikasi.
  3. Pengangkutan.
  4. Media.
  5. Kesihatan Dan Perubatan.
  6. Sajian.
  7. Penginapan.
  8. Persiapan Venue.

Nota: Rujuk perincian bidang tugas di SINI.

Tarikh Pendaftaran Dibuka:


Pendaftaran dibuka mulai 1 Julai sehingga 15 Julai 2022.

Tarikh-Tarikh Penting:


Tarikh SUKMA XX 2022

16 September 2022 – 24 September 2022

Tarikh PARA SUKMA XX 2022

01 November 2022 – 06 November 2022

Maklumat Lanjut:


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Sukarelawan MSN 2022.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3