Home » Isu Semasa » Pendaftaran Pemilihan Automatik dan Undi 18 Tahun Bermula 15 Disember Ini

Pendaftaran Pemilihan Automatik dan Undi 18 Tahun Bermula 15 Disember Ini

Pendaftaran pemilihan secara automatik dan kelayakan pengundi 18 tahun sudah diwartakan pada 1 Disember 2021.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pewartaan Seksyen 3(a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 itu berkuatkuasa pada 15 Disember ini selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tambah beliau, pindaan kepada perundangan subsidiari berkaitan dengan pilihan raya iaitu Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih)(Pindaan)20212 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya)(Pindaan) 2021 telah diwartakan pada 30 November yang lepas.

“Pindaan ini akan berkuat kuasa pada 15 Disember setelah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Seksyen 17 Akta Pilihan Raya 1958,” katanya dalam kenyataan semalam.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Daripada itu, SPR akan membentangkan kedua-dua pindaan peraturan itu dalam Mesyuarat Kedua, Penggal keempat, Parlimen Ke-14 akan datang.

Seksyen 3 Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 menyatakan pindaan terhadap umur bagi warganegara yang layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun dan membenarkan pendaftaran pengundi secara automatik bagi menggantikan sistem sesama yang memerlukan rakyat Malaysia perlu memohon sebelum bagi mendapatkan kelayakan untuk mengundi.

Cadangan pindaan itu telah diluluskan pada mesyuarat kedua sesi kedua Parlimen Ke-14 pada julai 2019, namun ianya tidak laksanakan sebelum ini.

Pada 7 Semptember 2021 yang lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Daru Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengarahkan SPR melaksanakan Undi 18 menjelang 31 disember ini bagi mematuhi keputusan Makhamah Tinggi Kuching yang mana pada 6 September lalu, mereka memerintahkan SPR dan Kerajaan melaksanakan Undi 18 menjelang 31 Disember ini.

Penafian – Bahan yang portalamalaysia kongsikan dihalaman ini sekadar tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Pendaftaran Pemilihan Automatik dan Undi 18 Tahun Bermula 15 Disember Ini” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!