Home » Bantuan » Pendaftaran & Pembaharuan SSM Online Semasa PKP, Tidak Perlu Ke Kaunter!

Pendaftaran & Pembaharuan SSM Online Semasa PKP, Tidak Perlu Ke Kaunter!

Cara Pendaftaran & Pembaharuan SSM Online Semasa PKP

Tahukah anda, sepanjang tempoh PKP ini, pemohon tidak perlu hadir ke kaunter SSM untuk pengaktifan ID  anda? Mudah saja lakukan secara online!

Selepas sudah jadi pengguna EzBiz, anda boleh renew SSM pada bila-bila masa tanpa perlu hadir ke kaunter lagi!

Portal Malaysia ingin kongsikan cara pendaftaran SSM semasa PKP secara online tanpa perlu ke kaunter.

Cara Pendaftaran SSM Online Semasa PKP

Sebelum mendaftar perniagaan, anda perlu daftar sebagai pengguna EzBiz terlebih dahulu.

Caranya seperti di bawah ini.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di
https://t.me/bantuankerajaan

Daftar Pengguna EzBiz

  1. Pergi pada laman web rasmi https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Tekan pada“Sign Up”
  3. Sila isikan semua maklumat yang bertanda (*).
  4. Selepas selesai, tekan pada “Register”.
  5. Tick pada bahagian “Declaration”
  6. Selepas selesai, tekan butang “Save”
  7. Notifikasi akan dihantar ke emel anda dengan disertakan nombor rujukan (EZxxxxx).
  8. Pengguna hanya perlu membuat verifikasi ID melalui e-mel.
  9. Log masuk ke laman EzBiz dan pergi pada menu “User Profile”
  10. Kemudian klik sub menu “User Verification Request”.
  11. Sila klik pada“Add New”
  12. Sila lampirkan dokumen wajib seperti yang berikut:
    • Salinan kad pengenalan depan & belakang di ruangan “Upload MyKad”
    • Gambar yang jelas dengan pemohon memegang kad pengenalan di paras leher di ruangan “Upload Selfie”
    • Salah satu dokumen rasmi seperti Lesen Memandu / Pasport / Sijil Lahir /Bil utiliti atas nama sendiri di ruangan “Supporting Document”

NOTA:

  • Permohonan yang diterima akan diproses. Pastikan semua dokumen yang dilampirkan lengkap dan jelas untuk disemak dan diluluskan.
  • Pengguna akan menerima e-mel dari SSM bahawa pengaktifan Akaun Pengguna ezbiz telah berjaya dan pengguna dapat terus menikmati perkhidmatan yang ditawarkan di ezBiz secara dalam talian.
  • Sekiranya permohonan tidak lengkap, pengguna akan menerima e-mel dari SSM & diperlukan menghantar semula dokumen yang disebutkan di atas.

Baca juga: BKC – Bantuan Khas Covid19 | Bayaran Sehingga RM1300 Untuk Miskin Tegar, B40 & M40

Cara Daftar SSM Online Di Laman Web EzBiz

Setelah selesai mendaftar sebagai pengguna EzBiz, kita bolehlah menikmati perkhidmatan yang ditawarkan secara online, antaranya ialah mendaftar perniagaan SSM.

Sila rujuk langkah di bawah untuk mengetahui cara daftar SSM semasa PKP.

  1. Sila login ke laman web rasmi EzBiz https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Boleh pilih menu MY BUSINESS SERVICE.
  3. Pilih tab NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW BUSINESS REGISTRATION.
  4. Isikan semua maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
    • Nama perniagaan
    • Tarikh permulaan perniagaan
    • Alamat utama perniagaan
    • Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
    • Maklumat pemilik dan rakan kongsi
    • Jenis perniagaan yang akan dijalankan
    • Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
  5. Setelah selesai, buat pembayaran mengikut kaedah yang anda inginkan.
  6. Sekiranya berjaya, anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM.
  7. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran dibuat.

Panduan Pembaharuan Perniagaan Online (Renew SSM Online)

Untuk membuat pembaharuan lesen perniagaan atau renew SSM online, sila ikuti langkah berikut:

  1. Sila layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkan
  3. Klik pada bahagian ‘My Business Service’
  4. Pilih pada ‘Renewal by Owners’
  5. Klik di ikon ‘Action’ untuk meneruskan proses pembaharuan lesen perniagaan.
  6. Semak maklumat perniagaan dan lengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan Online (BORANG A1)
  7. Pilih tempoh pembaharuan perniagaan yang diinginkan (1 tahun – 5 tahun)
  8. Buat bayaran mengikut transaksi yang dipilih (kad debit/ kad kredit / perbankan online / kaunter).
  9. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa 15 minit selepas transaksi pembayaran dibuat.

Baca juga: Tarikh Pembayaran i-Citra September. Semak Sekarang!

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut sila dapatkan info terkini melalui media sosial rasmi SSM:

Disclaimers – Semua yang admin share diatas merupakan tutorial dan rujukan yang related dengan “Pendaftaran & Pembaharuan SSM Online Semasa PKP, Tidak Perlu Ke Kaunter!” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!