PAKEJ PERANTI / PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melancarkan dua pakej kemudahan akses Internet iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia.
Kedua-dua pakej ini bertujuan untuk membantu pelajar & remaja memperoleh akses internet terutamanya golongan kurang berkemampuan.
Portal Malaysia ingin ikongsikan lebih lanjut tentang kedua-dua pakej yang diumumkan oleh Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Baca juga : Program Jaringan Prihatin B40 Dilanjutkan: Bantuan RM300 Peranti & RM180 Data
Senarai Kandungan
Pakej Remaja Keluarga Malaysia
Pakej Remaja ini bertujuan membantu para pelajar mendapat akses internet dengan harga yang mampu milik.
- Pakej prabayar khusus untuk remaja & pelajar termasuk pelajar pascasiswazah.
- Harga pakej boleh didapati dengan bermula hanya RM10/sebulan (Dibayar untuk 3 bulan/RM30)
- Data 20GB untuk 3 bulan dengan 1GB percuma untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta akses internet tanpa had (jumlah 90GB).
- Bagi data 20GB ini boleh digunakan untuk memuat turun video atau permainan dalam talian serta aktiviti berbentuk hiburan.
- Pendaftaran bagi pelajar 21 tahun ke bawah hanya menggunakan MyKad
Pakej Peranti Keluarga Malaysia
Pakej yang kedua yang ditawarkan adalah Pakej Peranti Keluarga Malaysia, pakej ini membantu keluarga mendapatkan peranti dengan harga yang mampu milik.
- Peranti tersebut dapat dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 sehingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.
- Pakej ini termasuk 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti.
- Setiap pengguna yang layak bolehlah melanggan sehingga dua (2) pakej dengan mendaftar kad pengenalan yang sama.
Tarikh Mendaftar
Tempoh pendaftran bagi kedua-dua pakej tersebut adalah mulai tarikh 15 Oktober 2021 sehingga 15 April 2022 selama enam (6) bulan.
Baca juga: Semakan Baki Touch n GO: Cara Check Baki Secara Online
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut, boleh rujuk kenyataan media penuh di bawah atau layari info di laman web SKMM serta media sosial rasmi SKMM.
Facebook Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM)
Related Posts
- NASIONAL : Bantuan 1 Keluarga RM900 ~ Semakan & Agihan Bantuan Bermula September 2022
- Permohonan Rumah PPR Serendah RM124 Sebulan ~ Terbuka Untuk Seluruh Rakyat Malaysia
- Kemas Kini Maklumat Asas BKM 2022 Kini Dibuka ~ Ketahui Apa Yang Perlu Anda Lakukan
- BKM Fasa 3: Tarikh & Jumlah Bayaran Yang Perlu Anda Ketahui
- Semak Kelayakan Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) Melalui Portal e-Kasih