Home » Pendidikan » Pendaftaran Online KPM Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024

Pendaftaran Online KPM Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024

Pendaftaran persekolahan bagi bakal murid tahun 1 tahun 2023 dan tahun 2024 akan dibuka mulai Mac 2022 ini. Bagi ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak-anak, bolehlah membuat permohonan secara online di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berikut adalah sedikit perkongsian berkenaan info-info berkaitan pendaftaran murid tahun 1 sesi 2023 dan 2024.

Baca juga:

Tarikh Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022 / 2023:

Sesi persekolahan tahun 2022 akan bermula pada 21 Mac 2022.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Kalendar Akademik Sesi 2022 / 2023 KPM boleh dirujuk Kalendar Akedemik Persekolahan Tahun 2022.

Syarat Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024:

  • Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir tanggal 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017.
  • Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir tanggal  2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.

Tarikh Permohonan:

  • Tarikh Mula Permohonan : 1 Mac 2022.
  • Tarikh Tutup Permohonan : 30 April 2022.
  • Tarikh Rayuan Permohonan : 1 Ogos – 31 Ogos 2022.
  • Keputusan Rayuan Permohonan : 1 Oktober 2022.

Dokumen Untuk Memohon:

  1. Buku Rekod Kesihatan murid yang mengandungi tarikh imunisasi dan suntikan.
  2. Sijil Kelahiran murid.
  3. Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online).
  4. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid.
  5. Sijil nikah atau Sijil Daftar Perkahwinan.
  6. Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan).
  7. Penyata Bil seperti bil eletrik atau bil air (Sebagai bukti alamat tempat tinggal terkini).

Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024:

Cara pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Pergi portal Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Sila klik Pengguna Baru.
  3. Kemudian lengkapkan maklumat murid di Daftar Pengguna Baru.
  4. Tekan Daftar.
  5. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1.
  6. Klik Permohonan Baharu.
  7. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar.
  8. Lengkapkan maklumat berikut:
    • Maklumat murid.
    • Maklumat kesihatan.
    • Maklumat penjaga.
  9. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya.
  10. Untuk kemaskini maklumat sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  11. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan.
  12. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  13. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  14. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Dokumen Rujukan:

PANDUAN SISTEM PENDAFTARAN ATAS TALIAN

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pegawai e-daftar rendah di negeri anda atau hubungi sekolah berkenaan.

Penafian – Semua yang admin share diatas hanyalah tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Pendaftaran Online KPM Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!