i-Akaun View Mode: Pendaftaran KWSP Online Ketika PKP

Home » Isu Semasa » i-Akaun View Mode: Pendaftaran KWSP Online Ketika PKP

i-Akaun View Mode: Pendaftaran KWSP Online Ketika PKP 2021

Tahukah anda, dalam tempoh PKP ini, anda sebagai ahli boleh daftar i-Akaun secara online dan membuat semakan baki Akaun 1 dan Akaun 2 tanpa perlu ke kaunter mahupun kios KWSP.

Pendaftaran secara atas talian & pengesahan melalui panggilan telefon akan memberikan ahli akses terhadap i-Akaun dalam bentuk View Mode.

Portal Malaysia ingin berkongsi cara daftar akaun KWSP secara online.

Baca Juga: Cara Mohon Bantuan Bakul Makanan Melalui Panggilan Telefon Bagi Setiap Negeri

kios-kwsp-i-akaun

Apakah i-Akaun View Mode?

i-Akaun view mode merupakan akses kepada paparan i-Akaun yang terhad kepada semakan maklumat sahaja.

Ahli tidak boleh membuat sebarang transaksi yang melibatkan penggunaan nombor telefon Transaction Authorization Code (TAC). Hanya semakan maklumat sahaja dibenarkan melalui cara ini.

Cara Daftar i-Akaun View Mode Secara Online / Telefon

Pendaftaran i-Akaun (view mode) boleh dibuat dengan menghubungi terus Hotline KWSP di 03-89226000 (8am-5pm) untuk mendapatkan Kata Laluan Sementara dan semakan nombor ahli KWSP (ID Pengguna Sementara).

Dengan pendaftaran ini, anda boleh membuat pengaktifan i-Akaun melalui pautan: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.

Langkah-langkah:

  1. Hubungi talian Hotline KWSP di 03-89226000 (8am-5pm) & maklumkan kepada operator KWSP bahawa anda ingin mendaftar i-Akaun secara View Mode.
  2. Kata Laluan Sementara dan semakan nombor ahli KWSP (ID Pengguna Sementara) akan diberi. Sila catatkan dengan teliti setelah dapat.
  3. Buka laman Portal KWSP di pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
  4. Gunakan Kata Laluan dan ID Pengguna yang diberikan tadi untuk mengakses i-Akaun.
  5. Ahli boleh menukar kata laluan i-Akaun view mode dengan memastikan nombor telefon bimbit yang didaftarkan adalah aktif & terkini.
  6. Selesai. Anda boleh menggunakan i-Akaun View Mode ini untuk menyemak baki dan kelayakan pengeluaran i-Citra anda.

NOTA: Tiada tempoh tamat ditetapkan bagi akses ke i-Akaun view mode ini.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan Melalui i-Akaun View Mode

Melalui pendaftaran i-Akaun (view mode), anda hanya akan diberikan akses untuk:

  1. Semakan Baki Akaun anda
  2. Semakan Caruman Semasa
  3. Semakan Profil
  4. Semakan Sejarah Pengeluaran
  5. Semakan Kelayakan Pengeluaran
  6. Push Notifications/i-Akaun Secured Inbox

Bagi membolehkan anda mendapat akses penuh kemudahan i-Akaun seperti e-Pengeluaran, reset kata laluan, cetakan penyata, Penamaan, Simpanan Shariah, i-Invest dan sebagainya, anda perlu mendaftar nombor telefon TAC melalui kios KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan MyKad dan cap ibu jari.

i-akaun-view-mode-1024x485

Jika anda ingin mendaftar melalui kios, sila rujuk langkah di bawah.

Baca Juga : PSU 4.0 : Program Subsidi Upah Bantuan RM600 Untuk Pekerja

Pengaktifan i-Akaun Melalui Kios KWSP

Untuk aktifkan i-Akaun, pengesahan cap jari ahli perlu dilakukan bagi menjana Kod Pengaktifan i-Akaun menggunakan MyKad.

Pengesahan cap jari ini boleh dilakukan di kaunter KWSP atau kiosk KWSP.

Untuk mengaktifkan i-Akaun di kios KWSP, sila ikuti langkah dibawah ini:

LANGKAH 1: Pengesahan Kad Pengenalan & Cap jari

  1. Masukkan nombor kad pengenalan anda dengan betul.
  2. Masukkan nombor telefon anda yang terkini (pastikan nombor telefon yang aktif) dan cap jari anda.

LANGKAH 2: Terima TAC

  • Tunggu dalam 10 saat akan keluarkan kertas yang dipaparkan nombor ID anda beserta dengan SMS kod TAC yang dihantar oleh KWSP.

LANGKAH 3: Buka Laman Web i-Akaun

  1. Sila install aplikasi i-Akaun KWSP di telefon bimbit atau pergi ke pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Masukkan nombor ID serta password.
  3. Masukkan lagi sekali nombor ID tadi dan kod TAC yang dihantar oleh KWSP.
  4. Kemudian kemaskini password baharu.
  5. Selesai

Sila rujuk:

i-akaun-kwsp-kiosk

Jadi bagi yang belum sempat mendaftar i-Akaun tempoh hari, anda bolehlah mendaftar dan semak baki Akaun 1 dan Akaun 2 bagi pengeluaran i-Citra melalui cara ini.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

Disclaimers – Semua yang kami share diatas merupakan tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “i-Akaun View Mode: Pendaftaran KWSP Online Ketika PKP” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!