Seperti yang anda tahu untuk mendaftar haji kita perlulah mencukupkan simpanan sebanyak RM 1300 dahulu dalam akaun Tabung Haji, Nilai tersebut mungkin agak besar bagi sesetengah golongan untuk mendapatkannya dan mungkin menghadapi masalah.
Tetapi anda tahu bahawa sekarang anda perlu ada RM1,300 di dalam akaun 1 KWSP untuk membuat pendaftaran haji melalui KWSP ini?
Ini adalah untuk menggalakan dan memudahkan rakyat Malaysia untuk mendaftar haji. Baca perkongsian berikut untuk info lebih lanjut mengenai Skim Pendaftaran Haji KWSP tersebut :
Syarat Permohonan Melalui KWSP
✅Ahli KWSP yang layak menyertai Skim Pendaftaran Haji KWSP adalah seperti berikut:-
🔍Warganegara Malaysia
🔍Beragama Islam
🔍Mempunyai simpanan KWSP sekurang-kurang RM1,300
🔍Berumur 14 hingga 55 tahun sahaja
✅Pendaftar boleh menggunakan wang caruman di KWSP untuk mendaftar haji jika pendeposit mempunyai jumlah minima di dalam akaun Tabung Haji tetapi mahu mendaftar haji
✅Pendeposit Tabung Haji hanya perlu kemukan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP semasa membuat pendaftaran haji jika melalui skim pendaftaran haji ahli KWSP.
✅Ahli KWSP yang telah mendaftar haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada skim pendaftaran haji KWSP dengan mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP. Tahun pilihan/peruntukan haji mereka yang asal akan dikekalkan.
Keperluan
Dibawah adalah keperluan bagi siapa yang boleh memohon Skim Pendaftaran Haji KWSP ini :
🎯Umur pemohon mestilah di bawah 55 tahun
🎯Dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh Lembaga Tabung Haji
🎯Tidak pernah memohon pengeluaran haji
🎯Simpanan di Lembaga Tabung Haji tidak mencukupi
Apa Yang Boleh Dikeluarkan
📝Untuk pengeluaran, perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun Lembaga Tabung Haji ahli adalah tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000 ATAU baki Akaun 2, mengikut mana yang lebih rendah
📌Lembaga Tabung Haji akan menentukan jumlah keseluruhan untuk ibadat haji bergantung pada kos sebenar mengikut musim haji
Cara Mohon
Berikut adalah cara-cara dan dokumen yang anda perlu bawa bersama untuk memohon dan dihantar ke pejabat KWSP terdekat :
0️⃣1️⃣Print penyata kewangan semasa dari laman web KWSP dan pergi ke kiosk KWSP yang berdekatan
0️⃣2️⃣Pergi ke cawangan tabung haji yang berdekatan dan pilih daftar haji di kaunter. Bawa bersama dokumen yang diperlukan seperti :
✏️Kad Pengenalan (MyKad)
✏️Surat Tawaran dari Lembaga Tabung Haji dengan status “DIPILIH”
✏️Penyata akaun Lembaga Tabung Haji yang terkini
0️⃣3️⃣Selepas mendaftar bersama dokumen yang diperlukan, anda perlu sign dan cop jari kemudian selesai proses pendaftaran.
📌Sebagai bukti, ahli hanya perlu menurunkan cap ibu jari di atas “Notis Pengesahan Permohonan Pengeluaran” dan tidak perlu mengisi borang
Terma Bayaran Balik
Berikut adalah terma dan jumlah pengeluaran perlu dibayar balik jika :
🔓Ahli membatalkan/menangguhkan ibadat haji – jumlah penuh perlu dipulangkan ke KWSP
🔓Ahli meninggal selepas pengeluran dibuat – waris tidak perlu memulangkan semula dan boleh dituntut tertakluk kepada prosedur Lembaga Tabung Haji terkini
Maklumat Lanjut
Semoga perkongsian di atas dapat memberi manfaat dan mempermudahkan anda untuk menunaikan ibadat haji dengan inisiatif dan kemudahan yang diberikan oleh pihak Lembaga Tabung Haji dan KWSP. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh hubungi :
[wp-svg-icons icon=”phone” wrap=”i”] No Telefon: 03 – 8922 6000
[wp-svg-icons icon=”print” wrap=”i”] Faks : 03 – 8922 6222
Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 6.00 Petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)