Pendaftaran untuk Skim Air Darul Ehsan masih lagi dibuka untuk penduduk Negeri Selangor. Anda layak mendapat air percuma sebanyak 20 meter padu. Jangan lepaskan peluang ini!
Skim Air Darul Ehsan
Program Pemberian Air Percuma ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat Negeri Selangor, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah. Walau bagaimanapun, program ini telah dapat dinikmati oleh semua peringkat pendapatan.
Justeru itu, bagi memastikan program ini menepati objektif perlaksanaannya dan sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri ke arah perbelanjaan yang lebih berhemah.
Objektif
Tujuan Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini.
Program bekalan air percuma ini juga adalah salah satu komponen bagi cadangan penstrukturan semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan, efektif serta dapat mengurangkan kadar tarif air semasa bagi kemudahan rakyat Selangor.
Syarat Kelayakan
Antara syarat kelayakan adalah seperti yang berikut:
- Warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor
- Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
- Premis kediaman jenis meter individu
- Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun sahaja
Nota:
Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik sehingga 31 Disember 2024 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).
Cara Pendaftaran Skim Air Darul Ehsan (SADE)
Pendaftaran SADE terbuka sehingga >>> 31 Disember 2024.
Jika anda menepati syarat-syarat di atas, daftar disin >>> https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register
Semakan Permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE)
Semakan berkenaan permohonan SADE boleh layari ke pautan >>> https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/semakan-sade.
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut berkenaan SADE, sila layari>>> https://www.airselangor.com/residen…/skim-air-darul-ehsan/
ATAU
Sila emel pertanyaan anda ke : [email protected]