PEMULIH : Bantuan OKU Sebanyak RM500 Untuk 3 Bulan


PEMULIH : BANTUAN KHAS OKU RM500 YANG HILANG PEKERJAAN DAN TIADA KERJA

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberikan bantuan kewangan RM500 seorang bagi tempoh tiga bulan, bagi membantu golongan kurang upaya yang kehilangan pekerjaan atau ketiadaan kerja, serta bukan dalam kalangan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat yang sedia ada.

Portal Malaysia ingin berkongsi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berkata, inisiatif itu akan memanfaatkan seramai 20,000 individu Orang Kurang Upaya (OKU) dengan jumlah peruntukan RM30 juta.

Baca Juga : GKP 4.0 : Bantuan RM1000 Untuk PKS Mikro, Bayaran Pada Bulan September & November

Bantuan Khas Golongan OKU

  • Bantuan kewangan RM500 seorang bagi tempoh tiga bulan

Selain bantuan RM500 ini, Kerajaan juga akan melaksanakan Program Jaringan Inisiatif Umum atau JITU, bagi tujuan menyediakan bantuan asas modal perniagaan dan membimbing golongan OKU dan gelandangan dalam perniagaan.

Baca Juga : PEMULIH – Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi


Bagi tujuan itu Muhyiddin berkata, sejumlah RM20 juta diperuntukkan dan dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 40,000 individu.

Disclaimers – Semua yang portalamalaysia kongsikan dihalaman ini merupakan tutorial dan rujukan artikel related dengan “PEMULIH : Bantuan OKU Sebanyak RM500 Untuk 3 Bulan” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Leave a Comment

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia