Home » Isu Semasa » Pemilik Restoran Mendakwa Mungkin Kesilapan Juruwang Kailan Ikan Masin RM18

Pemilik Restoran Mendakwa Mungkin Kesilapan Juruwang Kailan Ikan Masin RM18

Pemilik restoran yang bertanggungjawab menjual kailan ikan masin berharga RM18 yang viral di laman sosial tampil membuat penjelasan berkaitan perkara tersebut.

Memetik hantaran facebook yang dibuat, ia memaklumkan terdapat dua kemungkinan yang menyebabkan perkara itu berlaku.

“Kesilapan kami mungkin cashier (juruwang) tersilap ‘key in’ (masukkan) harga dengan hidangan bersaiz L (besar).

“Atau mungkin pelanggan itu memesan saiz L tetapi krew di bahagian dapur sediakan kailan itu dalam hidangan bersaiz S (kecil) berdasarkan gambar yang ditularkan,” katanya.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Tambah beliau, pihaknya melakukan kesilapan dan sepatutnya terus berjumpa dengan pihak restoran dan tidak menularkan perkara tersebut.

“Oleh itu kami mengharapkan kerjasama daripada pengadu dan menghubungi pemilik restoran untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau menjelaskan, harga bagi sepinggan kailan ikan masin mengikut saiz adalah S beharga Rm6, M berharga RM12 dan L RM18 dengan memaparkan gambar menu restoran mereka.

Kelmarin tular di media sosial, satu hantaran resit daripada pelanggan yang mendakwa harga sepinggan kailan ikan masin dijual pada Rm18 adalah tidak masuk akal.

 

Penafian – Bahan yang admin kongsikan dihalaman ini merupakan panduan dan ringkasan yang related dengan “Pemilik Restoran Mendakwa Mungkin Kesilapan Juruwang Kailan Ikan Masin RM18” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!