Pemilihan Untuk Cat Yang Meteoroid Gray Dan Ignite Red Metallic Bagi Honda CR-V


Kereta Honda CR-V iaitu generasi ke-5 mungkin sudah lama akan tetapi Honda Malaysia masih belum selesai mengembangkan pilihan pelanggan untuk kenderaan popular ini. Syarikat itu mengumumkan hari ini bahawa dua warna baharu bakal diperkenalkan untuk SUV ini iaitu Meteoroid Grey Metallic dan Ignite Red Metallic. Kedua-dua warna ini akan menggantikan tona warna sebelum ini iaitu Modern Steel Metallic dan Passion Red Pearl. Meteoroid Grey Metallic dan Ignite Red Metallic muncul di Malaysia dengan City Hatchback terbaharu awal tahun lepas. Honda Malaysia kemudiannya memperkenalkan dua warna tersebut kepada model CKD lain seperti City, Accord dan BR-V tahun ini serta menyediakannya terus dengan HR-V serba baharu dan Civic serba baharu.

Dengan pengenalan warna-warna ini pada Honda CR-V, Honda Malaysia juga telah menghentikan sepenuhnya Passion Red Pearl dan Modern Steel Metallic dan akan memperkenalkan alternatif mereka yang lebih bertenaga untuk pasaran.


Sumber google image

Untuk maklumat lanjut berkenaan tentang pemilihan warna Honda CR-V anda semua boleh telefon di Honda Malaysia iaitu di talian 1-800-88-2020 dan juga anda boleh layari laman web rasmi iaitu:  www.honda.com.my.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3