Home » Pendidikan » Pembukaan Sekolah Secara Berperingkat & SOP Mengikut Fasa PPN Bermula 3 Oktober 2021

Pembukaan Sekolah Secara Berperingkat & SOP Mengikut Fasa PPN Bermula 3 Oktober 2021

Tarikh Buka Sekolah Terkini Susulan PPN / SOP Pengoperasian Penggiliran Murid Di Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Sepertimana yang telah diumumkan di Sidang Media yang lalu, KPM telah mengumumkan bahawa sesi PdPR akan diteruskan sehingga tarikh 3 Oktober 2021.

Portal Malaysia ingin kongsikan perincian SOP oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

SOP Pengoperasian Sekolah Bermula 3 Oktober 2021

Pembukaan sekolah akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa PPN pada setiap negeri seperti yang berikut:

FASA 1

  1. Semua institusi pendidikan akan ditutup
  2. Semua aktiviti pengajaran & pembelajaran hanya secara PdPR sahaja

FASA 2

  1. Semua institusi pendidikan akan ditutup
  2. Semua aktiviti pengajaran & pembelajaran hanya secara PdPR sahaja
  3. Hanya kelas peperiksaan sahaja boleh ke sekolah

FASA 3

Semua institusi pendidikan akan dibuka institusi di bawah KPM dibuka secara berperingkat, tertakluk kepada ketetapan KPM & penilaian risiko

FASA 4

Semua institusi pendidikan dibuka sepenuhnya, tertakluk kepada penilaian risiko dari semasa ke semasa.

Baca juga: Program Vaksinasi Pelajar IPT Walk-In, Hanya Tunjuk Kad Matrik Sahaja

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di
https://t.me/bantuankerajaan

Kehadiran Murid Ke Sekolah Hanya 50% Daripada Enrolmen Keseluruhan

Penggiliran minggu akan dilaksanakan seperti dibawah:

  • Murid – murid akan dibahagi kepada 2 kumpulan
  • Kapasiti kelas hanya dihadkan kepada 50%
  • Ia bertujuan memastikan keselamatan murid-murid dengan kapasiti yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan di sekolah

Ada beberapa pengecualian bagi penggiliran murid di sekolah berdasarkan fasa-fasa berikut:

  • Murid bekerperluan khas
  • Murid Tingkatan 6 / Peperiksaan
  • Murid sekolah asrama sepenuhnya
  • Murid kelas peperiksaan
  • Murid sekolah tadika 4-6 tahun
  • Sekolah yang kurang murid

PELAKSANAAN MENGIKUT FASA PPN PULA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

FASA 1

FASA 2

FASA 3

FASA 4

Baca juga: Semakan BPR Rayuan – Status Permohonan & Tarikh Rayuan BPR Online 2021

Sesi Persekolahan 2021 akan dilanjutkan hingga Mac 2022.

  • Ini bermaksud, murid-murid akan kekal berada dalam kelas masing-masing sehingga bulan Mac 2022.
  • Tempoh ini akan digunakan untuk mengukuhkan kefahaman dan menguasai topik-topik yang ketinggalan pada tahun ini akibat wabak.
  • Manakala, murid Tahun 1 2022 akan mula masuk ke sekolah pada bulan Mac 2022 (dilewatkan sedikit berbanding Januari 2021).
  • Sesi persekolahan tahun 2022 pula akan dipendekkan dan akan perkembangan mengenainya dikemaskini dari semasa ke semasa.

SOP TERKINI

  1. Pemakaian pelitup muka diwajibkan (pelitup muka bagi murid-murid yang kurang berkemampuan akan dibekalkan dengan bantuan)
  2. Waktu rehat dikekalkan di bawah pengawasan guru, namun perlu di kawasan pengudaraan yang baik. Boleh terus kekal makan dalam kelas kecuali kelas berhawa dingin.
  3. Aktiviti ko-kurikulum belum dibolehkan kecuali PJK dengan syarat murid telah memakai pakaian sukan dari rumah untuk mengelakkan kesesakan semasa penggunaan bilik persalinan.
  4. Saliva test kit akan disediakan bagi murid yang menunjukkan gejala dan diasingkan daripada kelompok murid lain.
  5. Murid akan diuji dengan kit kendiri bagi murid-murid di asrama.
  6. Murid juga dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan sekiranya pakaian seragam yang ada tidak lagi sesuai dipakai.
  7. Ketidakhadiran murid ke sekolah tidak akan dianggap sebagai kesalahan disiplin sehingga hujung tahun ini dengan syarat ibu bapa perlu menghantar surat kepada pihak sekolah bagi tujuan rekod.
  8. Jika berlaku kes positif COVID19 di sekolah, PKD akan membuat penilaian risiko terhadap tindakan selanjutnya.

PEMBUKAAN KOLEJ VOKASIONAL


Sumber: Sidang Media Menteri Kanan Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Radzi Jidin

Disclaimers – Bahan artikel kami share diatas hanyalah panduan dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Pembukaan Sekolah Secara Berperingkat & SOP Mengikut Fasa PPN Bermula 3 Oktober 2021” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes