Pemberian Subsidi Ayam Dan Minyak Masak Botol Ditarik Balik


Harga ayam dan minyak masak botol dijangka akan naik mulai 1 Julai ini.

Senario itu dijangka berlaku susulan kerajaan tidak lagi menguatkuasakan pelaksanaan harga siling dan juga penarikan balik pemberian subsidi.

Kenaikan harga minyak masak tulen botol 2 hingga 5 kilogram bagaimanapun tidak akan berlaku minyak masak paket satu kilogram kerana pemberian subsidi masih diteruskan.

Baca juga:

Subsidi Harga Minyak Botol Hingga 1 Julai:

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, subsidi kepada harga minyak masak botol sepatutnya secara sementara iaitu untuk tiga bulan sahaja tetapi dilanjutkan sehingga ke 1 Julai nanti.


Penarikan Pemberian Subsidi Ayam:

Kenaikan harga ayam juga dijangka berlaku disebabkan oleh penarikan pemberian subsidi RM1.40 yang diberi kepada penternak ayam dibawah Skim Kawalan Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).

Kenalin, Kucing Lucu Bernama Si Idoy

Kerajaan juga tidak lagi menguatkuasakan pelaksanaan harga siling RM8.90 dan menjadikan harga ayam bergantung kepada pasaran.

Susulan kenaikan harga ayam dan minyak masak botol ini, kerajaan memberi jaminan untuk akan terus membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (B40) melalui subsidi yang akan disalurkan secara terus.

Sumber: ASTRO AWANI

Disclaimers – Semua yang portalamalaysia share diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Pemberian Subsidi Ayam Dan Minyak Masak Botol Ditarik Balik” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.