Pemberian Moratorium PKS Tertakluk Pada Pertimbangan Bank


Baru-baru ini, PM Malaysia mengumumkan bahawa kerajaan bercadang untuk memberikan moratorium atau sebaliknya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, keputusan tersebut amat bergantung kepada pertimbangan pihak bank sama ada PKS mampu membuat pembayaran balik dan akan diteliti oleh beberapa kementerian.

Baca juga:

Pertimbangan pemberian tersebut hanya dapat direalisasikan sekiranya pihak bank yakin akan kemampuan pembayaran balik dapat dilaksanakan.

Buat masa ini, PMKS menyumbang hampir 96% pada kegiatan ekonomi negara dan sekitar 50% pekerja negara adalah berkhidmat pada sektor ini.

Menurut Tengku Zafrul lagi, ekonomi Malaysia telah berkembang dengan kukuh setakat ini, antaranya berikutan penggunaan domestik yang meningkat, sektor eksport yang lebih kukuh dan pertumbuhan pinjaman yang lebih baik.

Terdahulu, PKS dan PMKS telah menerima banyak bantuan daripada kerajaan seperti pembiayaan dengan moratorium dalam Bajet 2022 di bawah inisiatif Semarak Niaga.

Sekadar info, Tengku Zafrul berkata bank mula memberi pinjaman lebih daripada paras sebelum pandemik, sambil menambah bahawa pembiayaan bersih sektor perbankan telah berkembang sebanyak 4.9 peratus pada suku kedua tahun ini.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3