Home » Isu Semasa » Pembelajaran Fizikal IPT Akan Dibuka Semula Mulai Oktober 2021

Pembelajaran Fizikal IPT Akan Dibuka Semula Mulai Oktober 2021

KPT RANCANG IPT AKAN DIBUKA SEMULA MULAI OKTOBER 2021 BAGI PEMBELAJARAN FIZIKAL UNTUK SEMUA FASA PPN

Selari dengan usaha untuk membolehkan para pelajar mula pulang ke IPT apabila semua lengkap vaksinasi seperti yang di umumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam perutusan khas beliau pada 22 Ogos lalu, KPT sedang merancang membuka semula IPT untuk kemasukan pelajar secara fizikal bagi Sesi Akademik 2021/2022 dalam semua Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula pada Oktober 2021 melalui Pelan Pemulihan Institut Pendidikan Tinggi (PEMULIH IPT) dan telah dipersetujui dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 2 September 2021 lalu.

Bagi menjayakan agenda ini, Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad telah berjumpa dengan YB Khairy Jamaluddin,Menteri Kesihatan Malaysia bagi mencadangkan supaya pelajar dan kakitangan IPT diberikan keutamaan untuk mendapat vaksin di lokaliti masing-masing.

Baca juga: Bantuan BKC Dah Masuk! RM100 – RM500 Secara Berperingkat.

Menurut beliau, perbincangan tersebut bertujuan untuk menyediakan IPT komuniti kampus yang selamat apabila ia dibuka semula menjelang Oktober nanti.

Untuk makluman, Kementerian Pengajian Tinggi mengunjurkan keperluan sebanyak 1.296 juta dos vaksin bagi 648,000 orang pelajar yang masih belum menerima vaksin dan KPT juga ingin mencadangkan supaya Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian Tinggi (PPV IPT) dijadikan PPV khusus untuk pelajar dan kakitangan IPT.

Ini bagi membolehkan program vaksinasi pelajar ini dilaksana secara besar-besaran.

Sumber: Dato Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi

Penafian – Bahan yang kami share dihalaman ini hanyalah panduan dan ringkasan yang related dengan “Pembelajaran Fizikal IPT Akan Dibuka Semula Mulai Oktober 2021” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!