Home » Bantuan » Pembayaran Semula Terakhir Penerima GKP 2021

Pembayaran Semula Terakhir Penerima GKP 2021

Kerajaan telah mengumumkan bahawa pembayaran semula terakhir penerima GKP yang berstatus GAGAL KREDIT telah dibuat bermula 27 Disember 2021.

Kepada pemohon Geran Khas Prihatin (GKP) yang berstatus gagal kredit, kemas kini sudah boleh dibuat di laman portal GKP.

Bagi mereka yang menerima status gagal kredit sebelum ini dalam status permohonan, menyebabkan bayaran tidak dapat dilakukan ke akaun masing-masing.

Oleh yang demikian, pihak LHDN telah mengumumkan pembukaan untuk kemaskini akaun bank pemohon GKP bagi mereka yang menerima status Gagal Kredit ini.

Pengkreditan ini melibatkan pembayaran semula Program GKP bagi tahun 2021 sahaja iaitu:

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
  • GKP Permai
  • GKP PEMERKASA+
  • GKP 3.0
  • GKP 4.0

Kemaskini Maklumat Akaun GKP:

Pemohon yang perlu membuat kemaskini GKP adalah pemohon yang berstatus Gagal Kredit sebelum ini.

  1. Sila pastikan maklumat akaun bank yang dikemas kini itu adalah aktif.
  2. Menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon.
  3. Bukan akaun bank semasa syarikat.
  4. Pembayaran semula yang akan dilakukan adalah terhad kepada program GKP sepanjang tahun 2021 sahaja.
  5. Bayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank aktif sahaja.

Tempoh Kemaskini Bagi Penerima GKP Yang Gagal Kredit:

Tarikh kemaskini maklumat akaun bank secara online mulai 6 Disember hingga 20 Disember 2021 ini.

Cara Semakan Status Pembayaran Semula GKP 2021:

Untuk membuat semakan pembayaran, sila rujuk langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi GKP: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Sila Log Masuk seperti biasa
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. Tekan kotak Semak
  5. Selepas berjaya login, maklumat berikut akan dipaparkan:
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Status Permohonan

*Nota: Maklumat pembayaran akan dimaklumkan melalui status permohonan anda.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut mengenai status semakan kemaskini GKP, sila hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Penafian – Bahan yang admin kongsikan diatas sekadar tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Pembayaran Semula Terakhir Penerima GKP 2021” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!