Home » Isu Semasa » Pembayaran Fasa 2 Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Dibuat Mulai Khamis – Perdana Menteri

Pembayaran Fasa 2 Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Dibuat Mulai Khamis – Perdana Menteri

Pembayaran Fasa 2 Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan dibuat mulai khamis ini dengan peruntukan berjumlah RM300 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bayaran kedua itu melibatkan penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin dan melibatkan sejumlah 700,000 penerima.

Pembayaran ini adalah lanjutan dari pada pembayaran Fasa 1 BKC yang selesai dibuat pada bulan September yang lalu dengan peruntukan sebanyak RM3.1 billion dan memanfaatkan hampir 10 juta penerima.

Semakan status kelulusan boleh dibuat melalui https://bkc.hasil.gov.my atau boleh mempelajari cara-cara untuk menyemak status akaun anda disini (CARA UNTUK MENYEMAK STATUS BKC ANDA).

“Untuk maklumat lanjut termasuk kriteria penerima dan jumlah bantuan yang bakal diterima, warga Keluarga Malaysia boleh merujuk Jadual 2 serta Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pembayaran seterusnya untuk Fasa 3 BKC akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan pada bulan depan memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bagi 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.

BKC adalah sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Beliau menjelaskan lagi, Kerajaan mengumumkan Pakej Pemulih pada 28 Jun 2021 lalu sebagai antara inisiatif pemberian bantuan yang menyeluruh kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan penularan pandemik Covid-19 yang juga melanda seluruh dunia.

“Ingin saya tegaskan kerajaan sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, kerajaan juga akan terus komited memastikan bantuan yang disediakan dapat disalurkan secara berkesan,” katanya.

Penafian – Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini merupakan panduan dan rujukan yang related dengan “Pembayaran Fasa 2 Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Dibuat Mulai Khamis – Perdana Menteri” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes