Pemakaian Pelitup Muka Tidak Lagi Diwajibkan Berkuat Kuasa Serta-Merta


Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan pemakaian pelitup muka di tempat tertutup tidak diwajibkan lagi, berkuat kuasa serta-merta 7 September 2022.

Menurut Khairy Jamaluddin, pelaksanaan ini diteliti berdasarkan situasi semasa tahap penularan COVID-19 negara.

Baca juga:

Namun, setiap premis perniagaan diberi kebebasan untuk menentukan samada wajar ataupun tidak pemakaian pelitup muka dilaksanakan oleh pengunjung mereka.

Menurut Khairy Jamaluddin lagi, pemakaian pelitup muka diwajibkan bagi situasi seperti berikut:

  1. Kes positif COVID-19.
  2. Menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan hailing, kapal terbang serta bas, van pekerja dan van sekolah.
  3. Semasa berada di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis, dan yang setara dengannya.

KKM juga amat menggalakkan agar pemakaian pelitup muka terus diamalkan terutamanya apabila:

  • Berada di kawasan ramai orang dan sesak.
  • Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema.
  • Individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung.
  • Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi.

Keperluan pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini iaitu tidak diwajibkan.

Terdahulu, pada 1 Mei 2022, KKM telah melonggarkan aturan pemakaian pelitup muka di mana hanya tempat terbuka sahaja dibenarkan tidak memakai pelitup muka sementara kawasan tertutup masih lagi diwajibkan pemakaian pelitup muka.

 

Sumber: RNGGT.COM




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3