Home » Portal Rasmi » Pelepasan Cukai 2020

Pelepasan Cukai 2020

Kebanyakkan orang masih keliru mengenai LHDN e-Filling dan pelepasan cukai bagi tahun 2020. Mulai tahun 2015, individu yang memperoleh pendapatan pengajian tahunan melebihi RM34000 (setelah pemotongan KWSP) wajib mendaftar fail cukai pendapatan.

Namun sebelum anda mengisi eFilling, anda perlu tahu dahulu kadar cukai pendapatan, pelepasan cukai yang anda layak serta langkah – langkah mendaftar eFilling.

Portal Malaysia akan kongsikan kepada anda mengenai apa yang anda perlu lakukan mengenai cukai pendapatan ini.

Pelepasan Cukai

Tahukah anda apa itu pelepasan cukai? Pelepasan cukai membolehkan pembayar cukai bagi memotong sejumlah wang yang dibelanjakan semasa tahun taksiran, dari jumlah pendapatan tahunan.

Dengan wujudnya pelepasan cukai ini, ia dapat membantu anda untuk mengurangkan pendapatan bercukai anda dan cukai yang anda perlu bayar akan dikurangkan.

pelapasan-cukai-1

pelapasan-cukai-2

Langkah-langkah Mendaftar e-Filing

1. Log masuk ke laman web http://daftarindividu.hasil.gov.my/dafsgjpnvdprd.php  dan isi butiran peribadi anda.  Sila pastikan anda mengisi butiran dengan betul.

2. Scan atau ambil gambar Kad Pengenalan anda (depan dan belakang) dan muat naik.

3. Anda akan diberi nombor No. Permohonan. Salin nombor itu.
4. Selepas tiga hari, gunakan No. Permohonan anda untuk log masuk ke laman web http://edaftar.hasil.gov.my/info.php/ untuk mendapatkan No. Pin dan No Rujukan.

5. Setelah mendapat No Pin dan No, Rujukan, log masuk ke laman web https://ez.hasil.gov.my/CI/ dan pilih Login Kali Pertama.

6. Pilih Borang yang berkaitan untuk mengisi e-Filing.

a) e-BE untuk individu tanpa sumber perniagaan (jika anda seorang pekerja).
b) e-B untuk individu yang mempunyai sumber perniagaan.

7. Isikan e-Borang anda.

Kadar Cukai Pendapatan

pelepasan cukai 2020

Anda boleh mula mengisi e-Filing mulai 1 Mac. Sila pastikan anda menyimpan segala maklumat semasa anda mendaftar buat kali pertama di portal rasmi LHDN seperti kata laluan serta soalan keselamatan. Selamat menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat 1Malaysia!

Penafian – Semua yang kami kongsikan dihalaman ini hanyalah tutorial dan rujukan artikel related dengan “Pelepasan Cukai 2020” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!