Senarai pelepasan cukai 2021 untuk e-Filing 2022 yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai atau e-filing sepanjang tahun 2021 kini boleh dirujuk. Bagi anda yang belum mengerti kenapa perlu membayar cukai, ketahuilah dana cukai sangat diperlukan untuk membina dan menambah baik kemudahan yang anda nikmati setiap hari. Cukai pendapatan anda juga digunakan untuk melaksanakan program kerajaan yang membantu orang miskin dan berlainan upaya.
LHDN telah menyenaraikan pelepasan cukai individu pemastautin bagi tahun taksiran 2021 untuk makluman semua pembayar cukai. Berikut adalah senarai Pelepasan yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai atau e-filing yang akan dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri pada tahun 2022 nanti.
Senarai Pelepasan Cukai 2021 (Untuk e-Filing 2022)
1. Pelepasan Individu
- Individu dan saudara tanggungan : RM9000.
- Individu kurang upaya : RM6000.
- Suami atau isteri kurang upaya : RM5000.
- Suami / isteri / alimoni kepada bekas isteri : RM4000.
- Yuran pengajian diri sendiri : RM7000.
2. Gaya Hidup, Perubatan & Peralatan Berkaitan
- Rawatan perubatan keperluan khas dan Penjagaan ibu bapa : RM8000.
- Peralatan alat sokongan khas : RM6000.
- Gaya hidup : RM2500:
- pembelian bahan bacaan.
- pembelian komputer peribadi.
- telefon pintar / internet.
- pembelian peralatan sukan, bayaran keahlian gymnasium.
- Tambahan RM2500 untuk pembelian komputer peribadi, telefon pintar dan tablet.
- Tambahan gaya hidup RM500 berkaitan aktiviti sukan:
- Pembelian peralatan sukan
- Sewaan / fi di mana-mana fasiliti sukan
- Fi pendaftaran penyertaan pertandingan
- Perbelanjaan melancong dalam negara : RM1000:
- Penginapan di premis yang berdaftar.
- Bayaran masuk ke pusat tarikan pelancongan.
- Pembelian peralatan penyusuan : RM1000:
- Pembayar cukai wanita sahaja.
- Anak berumur kurang 2 tahun sahaja.
- Tuntutan dibuat sekali setiap 2 tahun.
- Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius & perbelanjaan rawatan kesuburan RM8000 (termasuk rawatan perubatan penuh, ujian pengesanan COVID19 dan vaksinasi yang dibenarkan terhad RM1000).
3. Pelepasan Anak
- Anak bawah 18 tahun : RM2000.
- Anak 18 tahun ke atas : RM2000 (belum berkahwin / belajar sepenuh masa).
- Anak 18 tahun ke atas : RM8000 (belum berkahwin / belajar di IPT).
- Yuran taman asuhan kanak-kanak / tadiakn berdaftar : RM3000.
- Anak kurang upaya : RM6000.
- Tambahan bagi anak kurang upaya RM8000 (belajar di IPT – Diploma / ke atas).
4. Caruman / Sumbangan
- Insurans Nyawa dan KWSP – individu penjawat awam dan berpencen RM7000.
- Selain penjawat awam – insuran nyawa / takaful RM3000.
- KWSP / Skim yang diluluskan : RM4000.
- PERKESO : RM250.
- Skim persaraan dan anuiti tertunda : RM3000.
- Insuran perubatan dan pendidikan (individu / pasangan /anak) : RM3000.
- SSPN (tabungan bersih) : RM8000.
Kreteria Layak Bayar Cukai:
- Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
- Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
- Mulai Tahun 2013 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM30,667 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
- Walau bagaimanapun, mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
- Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.
Dokumen Sokongan:
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran :
- 1 salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
- 1 salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
- 1 salinan sijil perkahwinan (jika ada).
- Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar.
Kesan Jika Tak Bayar Cukai Pendapatan:
Terdapat tiga perkara utama yang akan berlaku jika anda gagal melaksanakan tanggungjawab bayar cukai sebagai rakyat Malaysia:
1. Kena penalti 10%
Jika anda tak bayar cukai, anda boleh dikenakan penalti 10% daripada pendapatan bercukai anda. Kemudian, anda boleh dikenakan lagi penalti 5% selepas sebulan anda tak bayar. Ini boleh menjadi punca hutang tertunggak jadi lebih baik anda selesaikan bayaran cukai secepat mungkin. Kesalahan penuh tak bayar cukai boleh dirujuk di laman web LHDN.
2. Tindakan mahkamah
Jika anda masih tak membayar hutang cukai setelah sekian lama, tindakan mahkamah boleh dikenakan. Harta benda dan barang peribadi anda akan disita oleh pihak kerajaan seperti seorang yang digelar muflis. Anda juga boleh dipenjarakan jika hutang cukai tersebut masih tidak diselesaikan walaupun setelah disita harta benda.
3. Tidak dibenarkan keluar negara
Sebagai seorang yang berhutang, sekatan perjalanan keluar negara boleh dikenakan. Perkara ini boleh berlaku jika anda seorang pengarah syarikat Malaysia yang tidak menyatakan dan membayar cukai pendapatan. Hal ini akan mengimpak perniagaan serta menjejaskan kualiti hidup anda.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut berkenaan Pelepasan Cukai 2021 / 2022 e-Filing, sila layari laman web http://www.hasil.gov.my/ atau hubungi cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-89111000.