Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia

Senarai Pelepasan Cukai Dalam Belanjawan 2021

by portalmalaysia
November 13, 2020
in Bantuan
A A

Seperti yang diumumkan dalam belanjawan 2021, had pelepasan cukai juga dinaikkan bagi meringankan beban rakyat, menggalakkan ibu bapa untuk menyimpan, menggalakkan rakyat meningkatkan kemahiran serta menggalakkan simpanan hari tua. Pelbagai jenis had pelepasan cukai yang telah disediakan dalam belanjawan 2021 untuk OKU, Ibu Bapa dan sebagainya bagi mereka merancang simpanan masa depan atau untuk pelbagai keperluan. Antara senarai had pelepasan cukai dalam belanjawan 2021 adalah seperti :

Senarai Kandungan

  • Pelepasan Cukai Dalam Belanjawan
      • Had Statutori Hutang Kerajaan Dinaikkan
      • Menaikkan Had Pelepasan Cukai Ke Atas Perbelanjaan Rawatan Perubatan Diri, Pasangan dan Anak
      • Had Pelepasan Cukai Ke Atas Perbelanjaan Bagi Rawatan Perubatan, Keperluan Khas dan Penjagaan Ibu Bapa Dinaikkan
      • Skop Pelepasan Cukai Yuran Pengajian Akan Diperluas Meliputi Perbelanjaan Menghadiri Kursus Peningkatan Kemahiran
      • Pelepasan Cukai Pendapatan Individu ke atas caruman Skim Persaraan Swasta atau PRS
      • Had Pelepasan Cukai Tambahan Bagi Pasangan OKU
      • Had Pelepasan Cukai Pendapatan Bagi Gaya Hidup Dinaikkan
      • Pelepasan Cukai Sehingga Bagi Simpanan Bersih Tahunan Skim Simpanan Pendidikan Nasional Dilanjutkan

Pelepasan Cukai Dalam Belanjawan

Lihat Juga  Bantuan Aidilfitri RM700 Untuk Rakyat Malaysia - Semak Info

Had Statutori Hutang Kerajaan Dinaikkan


🦠Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019) pula membenarkan had statutori hutang Kerajaan dinaikkan sementara sehingga 60 peratus daripada KDNK berbanding 55 peratus.

🦠Di bawah Akta ini, Parlimen telah meluluskan siling peruntukan 45 bilion ringgit bagi Kumpulan Wang COVID-19.

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Menaikkan Had Pelepasan Cukai Ke Atas Perbelanjaan Rawatan Perubatan Diri, Pasangan dan Anak


💊Kerajaan juga akan menaikkan had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius daripada 6,000 kepada 8,000 ringgit dan;

Lihat Juga  Cara Mohon Bantuan Usahawan Mikro Dan Cottage Sabah Dapat RM1000

💊Had pelepasan cukai bagi perbelanjaan pemeriksaan kesihatan penuh dinaikkan daripada 500 kepada 1,000 ringgit.

Had Pelepasan Cukai Ke Atas Perbelanjaan Bagi Rawatan Perubatan, Keperluan Khas dan Penjagaan Ibu Bapa Dinaikkan


🩺Sebagai tambahan, had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan bagi rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa juga dinaikkan dari 5,000 kepada 8,000 ringgit.

Skop Pelepasan Cukai Yuran Pengajian Akan Diperluas Meliputi Perbelanjaan Menghadiri Kursus Peningkatan Kemahiran


📖Bagi menggalakkan rakyat meningkatkan kemahiran serta menceburi bidang baharu, skop pelepasan cukai yuran pengajian akan diperluas meliputi perbelanjaan menghadiri kursus peningkatan kemahiran oleh badan-badan bertauliah, terhad kepada 1,000 ringgit bagi setiap tahun taksiran.

Pelepasan Cukai Pendapatan Individu ke atas caruman Skim Persaraan Swasta atau PRS

Lihat Juga  Bantuan Untuk Peniaga B40 Dan M40 - Program Insan Johor

🎁Bagi menggalakkan simpanan hari tua, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga 3,000 ringgit ke atas caruman Skim Persaraan Swasta atau PRS dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025.

Had Pelepasan Cukai Tambahan Bagi Pasangan OKU


🦽Selanjutnya, bagi membantu mereka yang mempunyai pasangan OKU, sukacita Kerajaan mengumumkan had pelepasan cukai tambahan bagi pasangan OKU akan dinaikkan daripada 3,500 kepada 5,000 ringgit.

Had Pelepasan Cukai Pendapatan Bagi Gaya Hidup Dinaikkan


🚲Selain itu, had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup dinaikkan daripada 2,500 kepada 3,000 ringgit iaitu tambahan 500 ringgit yang dikhususkan bagi perbelanjaan berkaitan sukan termasuk bayaran penyertaan pertandingan sukan. Skop pelepasan ini juga diluaskan untuk meliputi langganan surat khabar elektronik.

Pelepasan Cukai Sehingga Bagi Simpanan Bersih Tahunan Skim Simpanan Pendidikan Nasional Dilanjutkan


📙Bagi terus menggalakkan ibu bapa menyimpan untuk membiayai kos pendidikan tinggi anak-anak mereka, pelepasan cukai sehingga 8,000 ringgit bagi simpanan bersih tahunan Skim Simpanan Pendidikan Nasional dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022.

 

Di atas merupakan senarai had pelepasan cukai yang telah dinaikkan bagi meringankan beban rakyat, menggalakkan ibu bapa untuk menyimpan, menggalakkan rakyat meningkatkan kemahiran serta menggalakkan simpanan hari tua. Pelbagai jenis had pelepasan cukai yang telah disediakan dalam belanjawan 2021 untuk OKU, Ibu Bapa dan sebagainya bagi mereka merancang simpanan masa depan atau untuk pelbagai keperluan.

Menu Utama

  • Bantuan
  • KPM
  • KWSP
  • Portal Rasmi
  • Jawatan Kosong Kerajaan 2023
  • Islam
  • Gosip Artis Malaysia
  • Hardwarezone
  • Techcentral
  • Isu Semasa
  • Resepi
  • Bola Sepak
  • Tempat Menarik
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap Portal Malaysia
  • Term & Condition

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3

  • 21shares
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Facebook Messenger
  • Facebook
  • 21shares
  • 18
  • 2
  • 0
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×