Pelan Perlindungan HPP RapidKL Untuk 50,000 Penumpang


Berita baik untuk 50,000 penumpang perkhidmatan Rapid KL yang bakal mendapat manfaat terbaharu daripada Rapid KL iaitu Hospital Protection Plan (HPP) atau Pelan Perlindungan Hospital.

HPP merupakan inisiatif terbaharu hasil kolborasi dengan AIG Malaysia untuk menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam darat, khususnya pengguna yang bekerja di sekitar Lembah Klang.

Elaun Tunai Harian

Menerusi pelan ini, memegang polisi akan mendapat elaun tunai harian sebanyak RM50 setiap sehari jika dimasukkan ke hospital disebabkan Penyakit Berjangkit Tertentu.

Elaun tunai harian ini berikan sehingga 14 hari pesakit itu dimasukkan ke hospital.

Baca juga: Insentif RM600 Sehingga RM800 Sebulan Untuk 6 Bulan

Cara Memohon

Permohonan untuk memohon dan mendaftar pelan ini boleh dibuat menerusi applikasi mudah alih PULSE bermula daripada 16 Jun 2022.

Sila muat turun aplikasi PULS menerusi pautan https://myrapid.com.my/pulse/mobile-app/.

Duta Rapid KL

Bagi pengguna yang menghadapi masalah menggunakan aplikasi PULSE, mereka boleh memohon bantuan daripada Duta Rel atau Rail Ambassador yang telah dilantik.

Mereka dikenalpasti dengan mudah di stesen dengan pemakaian selempang dan topi ‘Ask Me’.

Buat permulaa, duta Rapid KL akan berada di 19 buah stesen iaitu:


  • Masjid Jamek
  • IOI Puchong Jaya
  • Bandar Tasik Selatan
  • Bandaraya
  • Maluri (untuk Laluan Ampang)
  • Stesen KL Sentral
  • Pasar Seni
  • Wangsa Maju
  • KLCC
  • Subang Jaya (untuk Laluan Kelana Jaya)
  • Bukit Bintang
  • Imbi
  • KL Sentral
  • Hang Tuah (untuk Laluan Monorel)
  • Bukit Bintang
  • Maluri
  • Pasar Seni
  • Muzium
  • Cochrane

Maklumat Lanjut

Boleh layari laman web https://myrapid.com.my/.

Disclaimers – Bahan yang admin share dihalaman ini hanyalah panduan dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Pelan Perlindungan HPP RapidKL Untuk 50,000 Penumpang” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia