Pelan Perlindungan Hospital Untuk Pengguna RapidKL


Tahukah anda, RapidKL kini menawarkan manfaat terbaharu buat pengguna iaitu Hospital Protection Plan (HPP) atau Pelan Perlindungan Hospital.

Inisiatif ini yang merupakan hasil kolaborasi bersama AIG Malaysia ini dilancarkan bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam darat di kalangan rakyat Malaysia yang bekerja di kawasan Lembah Klang.

Pelancaran insentif ini juga mengiringi pembukaan Fasa I MRT Laluan Putrajaya yang akan mula beroperasi pada 16 Jun 2022 begitu juga dengan tawaran pelan HPP menerusi aplikasi PULSE.

Dianggarkan sekitar 50,000 penumpang bakal menikmati manfaat yang ditawarkan ini.

Baca juga:

Kelebihan Pelan Perlindungan Hospital RapidKL:

Berikut adalah manfaat penerima pelan perlindungan:

  • Elaun tunai RM50 setiap hari jika dimasukkan ke hospital disebabkan Penyakit Berjangkit Tertentu.
  • Elaun tunai harian ini akan diberikan sehingga 14 hari pesakit dimasukkan ke hospital.
  • Penerima HPP akan nikmati pelan perlindungan hospital percuma selama 3 bulan.

Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah permohonan:

Langkah 1: Muat turun aplikasi PULSE di telefon bimbit.

Langkah 2: Nikmati pelan yang ditawarkan.

Khidmat Duta Rel RapidKL:

Pengguna yang menghadapi masalah untuk gunakan aplikasi PULSE boleh dapatkan bantuan daripada Duta Rel RapidKL tau Rail Ambassador yang telah dilantik.

Anda boleh kenalpasti petugas khas ini dengan pemakaian selempang dan topi ‘Ask Me’.

Setakat ini, Duta Rel RapidKL akan berada di 19 buah stesen iaitu :


  • Masjid Jamek
  • IOI Puchong Jaya
  • Bandar Tasik Selatan
  • Bandaraya
  • Maluri (untuk Laluan Ampang)
  • Stesen KL Sentral
  • Pasar Seni
  • Wangsa Maju
  • KLCC
  • Subang Jaya (untuk Laluan Kelana Jaya)
  • Bukit Bintang
  • Imbi
  • KL Sentral
  • Hang Tuah (untuk Laluan Monorel)
  • Bukit Bintang
  • Maluri
  • Pasar Seni
  • Muzium
  • Cochrane

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang myRapid.

Disclaimers – Bahan artikel portalamalaysia share dihalaman ini hanyalah tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Pelan Perlindungan Hospital Untuk Pengguna RapidKL” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia