Pelaksanaan RFID Secara Menyeluruh Mulai Januari 2022


Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam sebuah kenyataan media bertarikh 16 Disember 2021, telah mengumumkan bahawa bermula 15 Januari 2022 transaksi tol menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) akan dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan.

Buat masa ini, kutipan tol menggunakan kad Touch n Go dan SmartTAG masih lagi disediakan, namun kedua-dua kaedah ini akan dihentikan secara berperingkat bagi memberi peluang untuk lebih banyak lorong RFID di lebuhraya.

Jenis Kenderaan Yang Terlibat:

Kenderaan ringan persendirian (Kelas 1).

Tujuan Pelaksanaan:

Dengan pelaksanaan ini, seluruh jaringan infrastruktur lebuhraya bertol di Pantai Barat Semenanjung Malaysia akan menyediakan lorong RFID

  • Bagi memberi perkhidmatan yang lebih mudah
  • Selamat dan pantas kepada pengguna lebuhraya.

Kelebihan Pelaksanaan:

  1. Dengan RFID, pelanggan berpeluang menikmati perjalanan lebih lancar tanpa henti di lorong tol dengan kelajuan 30km/j.
  2. Ia juga boleh ditambah nilai melalui Touch n Go eWallet tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai.
  3. Memudahkan pemanduan, terutamanya bagi pengguna yang sering melalui tol di bandar-bandar ibu kota.
  4. Tag ini juga tidak memerlukan bateri dan boleh berfungsi dengan mudah.

Cara Daftar :

Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu mengikuti langkah berikut:

  1. Klik pada ikon RFID pada aplikasi Touch n Go eWallet
  2. Klik pada butang ‘Activate’
  3. Isikan dan semak butiran akaun anda
  4. Daftarkan kenderaan anda
  5. Masukkan nombor tag 24-digit atau scan barcode pada pakej pembelian
  6. Buat pengesahan dan verifikasi.

​Tag boleh didapati di:

*PLUS juga menyediakan perkhidmatan pemasangan tag di pusat pemasangan yang disediakan di seluruh negara.

Cara Pemasangan:

Setelah mengaktifkan, anda boleh terus membuat pemasangan tag tersebut pada kenderaan anda.

Langkah pemasangan tag pada kenderaan adalah seperti berikut:


  1. Bersihkan permukaan yang ingin dipasang sama ada di cermin hadapan atau lampu.
  2. Buka pelekat dan tampalkan.
  3. Pergi ke laman web TNG atau TNG e-Wallet.
  4. Daftar nombor siri RFID dan masukkan maklumat kenderaan.
  5. Tag anda akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam.

Maklumat Lanjut:

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Touch n Go.

Penafian – Semua yang portalamalaysia kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Pelaksanaan RFID Secara Menyeluruh Mulai Januari 2022” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia