Pelakon Lelaki Popular Belasah Penghuni Kondominium Direman


Beberapa hari lalu , seorang pelakon lelaki sensasi telah ditahan reman oleh pihak berkuasa atas dakwaan menumbuk dan menendang seorang lelaki tempatan di sebuah kondominium sekitar Segambut, Kuala Lumpur.

Suspek berusia 30 an itu juga adalah salah seorang penghuni kondominium tersebut dan tinggal di situ sejak beberapa tahun lalu tanpa sebarang kekecohan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata suspek ditahan reman selama tiga hari bermula semalam.

Melalui laporan daripadanya , kejadian berlaku ketika mangsa dikatakan meminta bantuan rakannya untuk membelikan minyak masak di luar kawasan kediaman berkenaan tetapi setelah kembali rakan mangsa tidak dibenarkan masuk oleh pengawal ke kawasan kondominium tersebut.

“Ketika rakan mangsa hendak menghantar minyak masak yang dipesan, dia bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke kawasan kondominium berkenaan oleh pengawal keselamatan di situ sebelum memaklumkan perkara terbabit kepada mangsa,” katanya.

Kemudian mangsa dikatakan turun ke kawasan lif lobi kondominium itu sebelum bertanya punca rakannya tidak dibenarkan masuk untuk menghantar minyak masak yang dipesan.

Dikhabarkan terdapat sedikit pertengkaran berlaku antara mangsa dan pengawal keselamatan berkenaan sebelum pelakon lelaki berkenaan datang secara tiba – tiba dan menumbuk mangsa.

“Kita percaya ketika itu berlakunya pertengkaran mulut antara mangsa dan pengawal keselamatan terbabit sebelum artis lelaki yang juga suspek tiba-tiba datang dan menumbuk serta menendang mangsa.”

“Mangsa mendakwa suspek menumbuk dan menendangnya di bahagian muka, dada serta perut dan belakang badan, selain mencekik dan mengugut akan membunuhnya,” jelasnya lagi.


Setelah kejadian itu berlaku , mangsa kemudian mengambil keputusan untuk membuat laporan polis sebelum Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Daerah Sentul, memberkas suspek di kediamannya.

Disclaimers – Semua yang portalamalaysia share dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Pelakon Lelaki Popular Belasah Penghuni Kondominium Direman” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia