Pekerja Hotel Dedah Sikap Penyewa Dari NEraka.


Baru- baru ini tular  tentang perkongsian seorang lelaki dipercayai pekerja di sebuah hotel dikenali sebagai NAzmi Kamal menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok, tampil menceritakan sikap segelintir pelanggan hotel yang tidak bertanggungjawab. Video pendek yang dikongsikan itu telah meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang turut mengecam tindakan individu berkenaan.

Dalam videoberkenaan juga, lelaki itu telah tampil memberikan jawapan mengapa sesebuah bilik hotel mengambil masa yang begitu lama untuk disiapkan bagi kegunaan pelanggan yang seterusnya dan perkongsian itu membuatkan ramai yang ‘tergamam’ susulan melihat tompokan yang dipercayai najis ditinggalkan di atas katil serta bantal hotel yang terbabit.

“Korang datang check in tanya kenapa bilik lambat?  Tengoklah apa pelanggan sebelum korang dah buat?”

Dia yang mengakui sudah sedaya upaya dalam memberikan kepuasan yang optimum kepada mana-mana pelanggan yang datang namun sebagi pekerja hotel namun sikap sesetengah individu seperti itu telah yang membuatkan kerja mereka terbantut dan tergendala akibat daripada perlakuan tidak bertanggungjawab pelanggan berkenaan.

 

Berkongsi pengalaman menjadi seorang pekerja hotel memang banyak cabarannya apabila dituduh tidak menukar linen dan juga kelengkapan lain yang terdapat didalam bilik hotel malah terdapat banyak kecaman dan juga tuduhan kepada pemilik dan pekerja hotel.

Sebelum ini tular dalam sosial experiment apabila selegram menyelidiki hotel yang tidak menukar cadar hotel malah ada yang membersihkan cawan menggunakan tuala basah yang telah digunakan.

Ini telah menyebabkan banyak tohmohan dan pandangan buruk terdapat industri perhotelan seluruh dunia. Bagimanapun perkara seperti tidak seharusnya terjadi kerana jika kita memudahkan urusan orang lain , Insyaallah urusan kita juga akan dipermudahkan.


Namun ianya bergantung kepada individu yang bekerja itu bukanlah semua pekerja berkelakuan sepeti itu kerana banyak juga hotel yang sangat menitikberatkan kebersihan dan sanitasi dalam bilik hotel yang disediakan kerana pelanggan sudah membayar servis yang mahal untuk mendapat kualiti yang baik.

 

Disclaimers – Bahan artikel admin kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan rujukan ringkasan yang related dengan “Pekerja Hotel Dedah Sikap Penyewa Dari NEraka.” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia