Pegawai Syarak Melaka Terima Kenaikan Elaun Oktober Ini


Oktober ini, Pegawai Syarak Negeri Melaka bakal menerima kenaikan elaun.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, seramai 1,110 pegawai syarak masjid di negeri ini bakal menikmati kenaikan elaun bulanan sehingga antara lima hingga 66 peratus.

Baca juga:

Kadar Kenaikan Elaun:

Kadar Elaun Baharu mengikut jawatan:

  • Imam Satu : RM 930 (kenaikan elaun sebanyak RM50).
  • Imam Dua : RM 920 (kenaikan elaun sebanyak RM50).
  • Bilal : RM 500 (kenaikan elaun sebanyak RM190)
  • Noja : RM 500 (kenaikan elaun sebanyak RM200).
  • PJW : RM 300 (kenaikan elaun sebanyak RM100).

Sekadar info, jumlah peruntukan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bertambah kepada RM3.9 juta setahun susulan kenaikan elaun itu.

 

Sumber: SEMAKAN ONLINE




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3