Home » Bantuan » Kad Peduli Sihat 2020 | Permohonan Bantuan & Rawatan Percuma

Kad Peduli Sihat 2020 | Permohonan Bantuan & Rawatan Percuma

Peduli Sihat | Tahukah anda kewujudan satu skim khas kesihatan bagi rakyat Selangor yang dikenali sebagai Skim Peduli Sihat Selangor? PEDULI SIHAT merupakan skim perlindungan kesihatan asas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah (B40).

Rakyat Negeri Selangor yang layak boleh mendapatkan rawatan kesihatan asas secara percuma di lebih 1,000 buah klinik swasta di Selangor dan Lembah Kelang yang berdaftar dengan skim ini.

Portal Malaysia akan kongsikan kepada anda mengenai Skim Peduli Sihat Nasional sebagai rujukan anda semua.

Peduli Sihat Selangor

kad-peduli-sihat-680x350

☑️Bagi pemohon yang layak untuk menerima manfaat daripada Skim Peduli Sihat ini, anda boleh membuat pendaftaran secara atas talian (online) di https://pedulisihat.com/ atau terus ke Pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) yang berdekatan bagi mengisi borang Peduli Sihat 2020 secara manual. Skim Peduli Sihat ini akan memberi manfaat kepada sejuta golongan B40 di Selangor.

Cara Membuat Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor Online/ Manual

Dibawah ini dikongsikan langkah – langkah untuk membuat pendaftaran serta mengisi borang secara online atau manual. Terdapat tiga peringkat permohonan kad Peduli Sihat Selangor :-

💻Pendaftaran secara atas talian atau manual

📲Pesanan teks (SMS) akan dihantar selepas permohonan diluluskan

🏠Kad peduli sihat akan dihantar ke alamat rumah

i) Online

💻Daftar online untuk pengguna kali pertama di DAFTAR

💻Log Masuk setelah mendaftar di LOGIN

ii) Daftar Manual

📝Borang permohonan Skim Peduli Sihat Selangor boleh di muat turun atau dowload di BORANG MANUAL

iii) Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan bagi membuat permohonan :

📁Borang Pendaftaran Skim Peduli Sihat

📁Salinan Kad Pengenalan (untuk ketua keluarga/ individu)

📁Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau surat kelahiran (untuk tanggungan isteri/ anak-anak)

📁Salinan Slip gaji/ pencen (untuk penjawat awam/ pesara kerajaan)

📁Salinan Penyata EA atau KWSP untuk pekerja swasta atau bekerja sendiri

iv) Penghantaran Borang

📜Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Negeri berdekatan.

📜Kad PEDULI SIHAT akan dihantar ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Negeri di SENARAI ADN.

v) Semakan Status Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor

🔍Keputusan semakan permohonan lulus atau tidak boleh disemak secara online.

🔍Anda boleh menyemak kelayakan di https://www.pedulisihat.com/

Manfaat Skim PEDULI SIHAT 2020

Dengan peruntukan sebanyak RM125 juta setahun yang bakal memberi manfaat kepada 250000 keluarga atau 1 juta rakyat Negeri Selangor oleh Kerajaan Selangor bagi membiayai kos rawatan kesihatan asas, dibawah ini adalah manfaat yang bakal diterima :

i) Kategori A : Keluarga

👪Had pembiayaan setahun adalah sebanyak RM500

👪RM50 adalah had gunaan setiap kali rawatan

👪Tiada had jenis rawatan/ perubatan bagi kesihatan asas

👪Percuma satu kad untuk satu keluarga

ii) Kategori B : Individu

🤵Had pembiayaan setahun adalah berjumlah RM200

🤵RM50 adalah had penggunaan setiap kali rawatan

🤵Tiada had jenis rawatan/ perubatan bagi kesihatan asas

🤵Percuma satu kad untuk seorang individu

Rakyat Negeri Selangor yang layak boleh mendapatkan rawatan kesihatan asas secara percuma di lebih 1,000 buah klinik swasta di Selangor dan Lembah Kelang yang berdaftar dengan skim ini.

manfaat-kad-peduli-sihat

Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor Online

Skim adalah terbahagi kepada dua kategori A dan B iaitu keluarga dan individu. Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut :-

i) Keluarga (Kategori A)

👨‍👩‍👧Untuk suami dan/ atau isteri beserta anak-anak yang berkelayakan

👨‍👩‍👧Warganegara Malaysia

👨‍👩‍👧Lahir di Selangor atau telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun

👨‍👩‍👧Pendapatan bulanan maksima isi rumah tidak melebihi RM3,000.00

ii) Individu (Kategori B)

🧕Berumur 21 tahun dan ke atas

🧕Warganegara Malaysia

🧕Lahir di Selangor atau telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun

🧕Pendapatan individu sebulan tidak melebihi RM1,500.00

Cara-cara Mendaftar (Klinik) Panel

0️⃣1️⃣Muat Turun Borang Pra Pendaftaran Klinik

0️⃣2️⃣Isi segala maklumat yang diperlukan pihak Peduli Sihat

0️⃣3️⃣Setelah segala maklumat telah diisi, Scan dokumen lampiran dalam bentuk format (PDF)

0️⃣4️⃣Hantar dokumen yang telah di isi dengan lengkap ke [email protected]

✍️Nota : Senarai lengkap klinik panel Peduli Sihat boleh dirujuk di Carian Panel Klinik

Cara Semak Baki Peduli Sihat

Anda juga boleh semak baki kad Peduli Sihat melalui laman web Peduli Sihat bagi mengetahui baki kad Peduli Sihat anda.

✅Check baki kad Peduli Sihat di pautan https://secure.pedulisihat.com/site/login

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh terus menghubungi :-

☎️Hubungi Kami

ATAU

SELGATE Corporation Sdn Bhd. ( 1204550-P ).

📞No Telefon: 03 – 5525 6600

📠No Faks: 03 – 5525 6900

📧Emel: [email protected]

Penafian – Bahan artikel kami kongsikan diatas sekadar panduan tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Kad Peduli Sihat 2020 | Permohonan Bantuan & Rawatan Percuma” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Leave a Comment