Home » Bantuan » Pas Keluarga Malaysia : Pakej Perjalanan Tanpa Had RM15 Untuk 4 Orang

Pas Keluarga Malaysia : Pakej Perjalanan Tanpa Had RM15 Untuk 4 Orang

Berita baik! Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Pas Keluarga Malaysia untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam

Pas Keluarga Malaysia ini membolehkan seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan menggunakan LRT, MRT, Monorel dan BRT di bawah RapidKL untuk satu hari tanpa had pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum dengan harga cuma RM15.

Ini bermakna, pakej baharu yang dilancarkan oleh Perdana Menteri hari ini akan membolehkan setiap penumpang menikmati perjalanan sepanjang hari dengan hanya RM3.75 mulai 1 Disember 2021.

Apakah Pas Keluarga Malaysia?

Inisiatif pengenalan Pas Keluarga Malaysia ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia beriadah, bersiar-siar dan menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang.

Ini membolehkan setiap keluarga warganegara Malaysia seramai 4 orang di dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had menggunakan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway (BRT) pada hari Sabtu, Ahad dan hari cuti umum.

Baca juga: Bantuan RM500 Dah Masuk – Geran Khas Prihatin 4.0

Cara Mendapatkan Pas

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Dengan mudah, pas ini boleh dibeli di mana-mana stesen LRT, MRT, monorel dan BRT pada harga RM15 untuk pakej 4 orang.

Terma & Syarat

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Sah pada hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum
  • Perkhidmatan LRT, Monorel, MRT & LRT sahaja

Harga Pas Keluarga Malaysia

Harga pas ini dijual pada kadar berpatutan iaitu pada harga RM15 untuk 4 orang bermula 1 Disember ini.

Tarikh Pelaksanaan

Bermula 1 Disember 2021.

Baca juga: Bantuan e-Wallet RM150 Untuk Belia eStart 2022

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila layari https://myrapid.com.my/

Penafian – Semua artikel admin kongsikan dihalaman ini hanyalah tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Pas Keluarga Malaysia : Pakej Perjalanan Tanpa Had RM15 Untuk 4 Orang” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes