Jerawat adalah salah satu punca kepada kemurungan kerana ianya memberi presepsi buruk kepada sesorang malah menjadikan orang tersebut mengalami tekanan kerana masalah tersebut.
Jerawat seringkali muncul dibahagian muka dan sukar untuk dirawat malah terpaksa mengamal skincare yang teratur agar kulit kembali berseri dan mempunyai keyakinan . Bukan sahaja dimuka , terkadang jerawat juga muncul dibahagian belakang bdan dan meyebabkan rasa kurang selesa.
Walaupun berasa dibahagian belakang dan tidak terdedah kepada orang ramai tetapi terkadang ianya mengalami alahan yang teruk sehingga menyebabkan hilang tumpuan dan menyakitkan jika ianya semakin teruk dan terluka.
Rawatan untuk jerawata terkadang mempunyai kos yang tinggi dan mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya dan ini menyebabkan orang ramaqi jarang mengambil kisah tetang perkara ini.
Namun masih ada cara yang mudah dan murah untuk menghilangkan jerawat dengan berkesan tanpa memerlukan kos yang mahal dan mudah disediakan . Masker dengan skrub daripada bahan semulajadi adalah pilihan tepat.
Masker Putih Telur
Masker putih telur sanagt sesuai untuk kulit muka dan juga sesuai untuk digunakan pada kulit belakang pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Ambil putih telur dan sapukan pada kulit belakang badan lalu biarkan seketika dan kemudian barulah dibilas hingga bersih.
Skrub Timun
Timun bukan hanya baik pada kulit wajah tetapi juga boleh menjadi penenang pada masalah jerawat yang mana jerawat yang sedang mekar, mantap dan sakit membuak-buak boleh menjadi lebih lega dengan skrub timun. Parut atau cincang timun dan letakkan pada jerawat. Hasilnya jerawat akan berkurangan dan bengkak juga semakin surut.
Skrub Kunyit
Kunyit adalah bahan paling mujarab untuk kegunaan luaran dan dalaman . Skrub kunyit bole disediakan dengan menumbuk halus kunyit bersama garam kasar. Tumbuk sehingga lumat dan tampalkan pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Bahagian berjerawat akan merasa sedikit pedih namun ianya akan semakin reda setelah seketika . Kunyit bersifat ‘panas’ yang mana ianya boleh mengecutkan jerawat dan apabila dilakukan dengan kerap, masalah jerawat akan lebih cepat hilang dan kulit semakin pulih.
Penjagaan ringkas agar jerawat tidak tumbuh di bahagian belakang tubuh
•Kerap mandi bagi menghilangkan kesan peluh dan kotoran pada badan.
• Gunakan sabun anti-bakteria yang sesuai dengan kulit anda.
• Kerap menukar pakaian dalam, minimum sehari sekali agar tubuh bebas dari kesan peluh, kotoran dan bakteria.
• Jika badan kerap berpeluh, pastikan juga baju kerap ditukar agar tidak memakai pakaian yang dipenuhi bakteria.
• Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan-bahan yang sejuk dan menyerap peluh dengan baik terutama apabila anda memiliki jerawat baru yang sedang merebak di belakang badan.
• Apabila mencuci rambut atau memakai pelembut rambut , sebaiknya halakan rambut ke depan terutama ketika membersihkan sisa syampu pada rambut. Bahan kimia yang terdapat pada syampu boleh menyebabkan jerawat.
• Ketika jerawat di belakang badan telah kering dan bersih, amalkan juga skrub di belakang badan atau pengelupasan kulit secara teratur. Hal ini bagi mengikis dan membuang sel-sel kulit mati yang berkemungkinan masih ada pada pada belakang badan dan punggung.