Panduan Dari Perunding Hartanah Untuk Beli Rumah Idaman.

Rumah adalah salah satu keperluan utama dalam hidup. Pemilihan dalam membeli dan menyewa rumah sangat penting supaya rumah yang didiami selesa dan menjadi kediaman syurga bagi seisi rumah.

Bagi yang sudah berkeluarga pastinya mengimpikan untuk memiliki kediaman sendiri. Namun, tak kira besar atau kecil mahal atau murah kediaman yang hendak dibeli, sebaiknya buatla pilihan yang betul dan tepat supaya tiada penyesalan selepas beli.

Dalam memilih kediaman atau rumah impian, tips dari Azizul Azli Ahmad yang juga perunding hartanah boleh dijadikan panduan ringkas. Panduan ini merujuk kepada pemilihan ruang dalam rumah supaya rumah yang kita pilih selesa untuk kita diami.

Tip memilih ruang dalaman rumah pertama:

1. Pilih rumah yang bahagian dapurnya tidak di depan selepas pintu masuk,seharusnya dapur adalah di belakang  kerana rumah akan berbau selepas atau semasa memasak . Itu akan mengganggu seisi rumah dan tidak manis dilihat tetamu semasa memasak. Pilihlah rumah yang ada bahagian untuk dapur.

Panduan Dari Perunding Hartanah Untuk Beli Rumah Idaman. 2

2. Pintu bilik haruslah tidak mengadap ruang utama atau pintu utama kerana dengan tidak sengaja mungkin tetamu akan melihat kedalam bilik tidur kita dan bila mana hendak keluar dari bilik,perlu melalui tetamu dahulu. Seeloknya mengadap dinding supaya lebih manis untuk budaya kita.

3. Bahagian atas rumah iaitu Siling pastikan lebih tinggi supaya pengudaraan dalam rumah lebih baik.= dan tidak terperap dan panas .Sebaiknya 10’0″ tinggi bagi memudahkan mengudaraan kipas siling dan mengelakkan kecederaan jika terkena kipas bagi tetamu yang datang.

Panduan Dari Perunding Hartanah Untuk Beli Rumah Idaman. 3

4. Pastikan Kiblat tidak mengadap bilik air. Tidak sesuai keadaan seperti itu dan juga boleh membuatkan orang yang solat terlalai.

5. Elakkan rumah yang menghadap matahari kerana kesannya panas dari siang sampai kemalam.

6. Rumah sekurangnya mempunya 3bilik dan 2 bilik air sebagai pemulaan. Biar kecik asalkan banyak bilik kerana mudah asingkan bila ada tetamu atau beranak pinak.

Untuk permulaan dan keperluan cari dahulu rumah yang kecil supaya ada aset tetap , jangan terlalu mengejar kemewahan tanpa menghiraukan tahap kewangan keluarga . Bila tidak mampu nak bayar akan bermulalah pertengkaran antara suami isteri dan menyebabkan timbul pulak masalah lain.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3