Baru-baru ini seorang wanita, pengguna media sosial, juga merupakan pekerja butik berkongsi pandangannya di Facebook mengenai pelanggan yang datang ke butik mewah.
Menurutnya, dia tidak akan membazirkan bazirkan masanya untuk memberi layanan sepenuhnya jika dia mendapati pelanggan itu melihat tanda harga pada barangan.
Baca juga:
- Harga Minyak Masak Tidak Bersubsidi Akan Turun Dalam Tempoh Dua Minggu Lagi
- Touch ‘n Go Lancar Kempen Galakkan Pembayaran Tanpa Tunai
Tengok Tanda Harga, Tanda Miskin?:
Difahamkan, wanita tersebut mempunyai pengalaman bekerja sebagai jurujual kira-kira tujuh ke lapan tahun.
Menurut wanita itu, jika pelanggan itu tengok tanda harga atau membelek-belek tanda harga barangan, dia berkemungkinan orang miskin.
Layanan tidak akan diberikan kepada pelanggan tersebut kerana dianggap membazirkan masa sahaja.
Menurut pengalamannya, pelanggan yang melihat tanda harga memang tidak akan membeli barangan tersebut.
Ramai Netizen Terkejut:
Menurut wanita itu lagi, dia pernah dipanggil semasa sedang melayan pelanggan, oleh managernya melalui ‘earphone’ dan menyuruhnya jangan bazirkan masa sangat melayan pelanggan itu.
Dan akhirnya pelanggan itu hanya menyentuh barangan itu sedikit dan terus keluar.
Pendedahan wanita berkenaan mendapat respon yang kurang memuaskan dari netizen.
Menurut Netizen, wanita tersebut tidak boleh menilai orang seperti itu hanya kerana mereka melihat tanda harga barangan.
Sumber: WORLD OF BUZZ