Penerbangan ditunda dan dijadual semua menjadi topik hangat akhir-akhir ini, ramai yang ingin membuat aduan boleh dibuat dengan mudah. Jom lihat dibawah:
Senarai Kandungan
Penerbangan Ditunda
Jika penerbangan anda ditunda atau dibatalkan, syarikat penerbangan anda berkemungkinan besar perlu menyediakan anda pampasan bagi membantu anda meneruskan perjalanan. Bergantung kepada punca penundaan atau pembatalan, pampasan ini mungkin merangkumi:
- makanan, panggilan telefon dan akses internet (bagi penangguhan selama 2 jam atau lebih);
- penginapan hotel dan pengangkutan (untuk penangguhan selama 5 jam atau lebih);
- pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif (jika penerbangan anda dibatalkan).
Satu-satunya pengecualian adalah apabila berlakunya suatu “keadaan luar biasa” yang termasuk risiko keselamatan atau cuaca ekstrem, yang mana syarikat penerbangan tidak dapat menjangkanya.
Jika anda berpandangan bahawa anda tidak menerima pampasan sewajarnya, sila kemukakan aduan rasmi kepada syarikat penerbangan tersebut sebelum anda menghubungi MAVCOM.
Penerbangan Dibatalkan
Jika penerbangan anda dibatalkan, anda berhak mendapatkan pemulangan penuh harga tiket atau pilihan penerbangan lain tanpa kos tambahan.
Sila rujuk halaman Penundaan dan Pembatalan Penerbangan untuk maklumat lanjut >> KLIK DISINI
Cara Buat Aduan Penerbangan Lewat / Dijadual Semula
Untuk mengemukakan aduan, sila pastikan butiran aduan anda mengandungi
- Aduan bertulis yang anda telah kemukakan kepada syarikat penerbangan atau lapangan terbang, bersama-sama dengan maklum balas syarikat tersebut;
- Butiran penerbangan anda, termasuk nombor penerbangan dan tarikh/masa;
- Nama lapangan terbang, lokasi dan tarikh; dan
- Bukti – bukti lain, seperti salinan tiket/tempahan, salinan imbasan pas masuk pesawat, gambar/ tangkap layar (screenshot), salinan sijil perubatan (jika berkenaan), salinan pasport/kad pengenalan (jika berkenaan), laporan bagasi dll.
Anda boleh kemukakan aduan kepada MAVCOM melalui FlySmart menerusi borang ini >> KLIK DISINI
NOTA: MAVCOM berhak untuk menolak sebarang aduan yang tidak berkaitan dengan industri penerbangan atau dianggap remeh-temeh.
Semak Status Aduan / Pampasan MAVCOM
Anda boleh menyemak status kes anda DISINI.
Jika anda tidak dapat mengesan atau terlupa nombor rujukan kes, sila e-mel kepada [email protected]
Related Posts
- SPA Buka Pengambilan 785 Jawatan Kosong Terkini Seluruh Malaysia ~ Minima SPM Layak Mohon! / Gaji RM1,500 – RM4,005
- Permohonan Rumah PPR Serendah RM124 Sebulan ~ Terbuka Untuk Seluruh Rakyat Malaysia
- Wang Tak Dituntut – Ramai Yang Dah Buat Tuntutan eGumis ~ Wang Milik Anda Yang Anda Tidak Sedari
- BKM Fasa 3: Tarikh & Jumlah Bayaran Yang Perlu Anda Ketahui
- Semak Kelayakan Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) Melalui Portal e-Kasih