Tular di media sosial whatsapp sejak semalam berkaitan “cara pendaftaran bantuan penjana ibu tunggal rm300” adalah palsu.
Penafian tersebut telah dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) menerusi hebahan majlis keselamatan negara MKN sebentar tadi seperti berikut:
hebahan bertajuk “TERKINI: CARA PENDAFTARAN BANTUAN
PENJANA IBU TUNGGAL RM300″ seperti yang tular di media sosial.
JPW menjelaskan bahawa sehingga kini pihaknya masih belum
membuka sebarang pendaftaran permohonan bantuan ibu tunggal secara
online. JPW juga menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang
pendaftaran selain daripada yang dimuat naik daripada laman web rasmi
JPW.
Lagi berita palsu berkaitan dengannya asalah di perlis
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Baru² ini kami ada menerima satu maklumat di aplikasi WhatsApp yang telah tular seperti di bawah. Untuk makluman semua kami di LPPKN tidak menerima apa² arahan untuk membuat pendaftaran bagi bantuan kepada OKU dan Ibu Tunggal sepertimana tertulis.
Malah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) juga bukan beralamat seperti tertera. Kami menafikan berita tular ini dan berharap anda tidak menyebarkannya.
Yang Betulnya?
Seperti yang diberitahu jika nama berada pada garis paras kemiskinan dan anda tersenarai dalam sistem KPWKM barulah anda layak menerima bantuan secara one-off RM300 ini – Rujukan Booklet PENJANA
Tunggu pengumuman rasmi dahulu sebelum membuat pendaftaran, kami akan kemaskini jika ada pengumuman rasmi dari KPKWM nanti.