Kuala Lumpur: Anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad iaitu Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE) akan menawarkan ‘Pakej Transit untuk Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana’ mulai Mac 2022.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan perkara itu berkata, menerusi pakej ini, 20 lot perniagaan bersaiz antara 80 hingga ke 400 kaki persegi di sekitar lapan stesen LRT Laluan Kelana Jaya akan ditawarkan kepada pengusaha Industri kecil dan sederhana secara cabutan lot.
Menurutnya, ia membabitkan stesen Subang Alam, Alam Sutera, Putra Height, Taman Perindustrian Puchong, Awan Besar, IOI Puchong Jaya, Plaza Rakyat dan SS18.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan
Katanya, pemohon yang berjaya akan menikmati struktur sewaan istimewa selama setahun termasuk pengecualian sewa selama tiga bulan.
“Perincian dan permohonan untuk ‘Pakej Transit’ akan diwar-warkan oleh PRIDE dalam masa terdekat,” katanya pada majlis pelancaran Pas Keluarga Malaysia di sini, hari ini.
Hadir sama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad Tan Sri Jamaludin Ibrahim.
Pas Keluarga Malaysia membolehkan empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had pada Sabtu, Ahad dan cuti umum dengan harga RM15 bagi perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan BRT di bawah kendalian Rapid KL.
Baca Juga : Pas Keluarga Malaysia
Related Posts
- Digelar Dewi Remaja Paling Buruk oleh Netizen, ini nasihat Shaza Bae -“Boost your energy, creativiti dan ketepikan semua kata-kata negatif tersebut. Paling penting be better dan terbaik dari sebelumnya”
- Kemunculan Virus Langya Cetus Kebimbangan, Sudah Jangkiti 35 Orang
- “Kenapa Kau Bagi Makan Kat Homeless?”, Abang ‘Taiko’ Kawasan Muka Garang Tegur Ebit Lew
- SPA Buka Pengambilan 785 Jawatan Kosong Terkini Seluruh Malaysia ~ Minima SPM Layak Mohon! / Gaji RM1,500 – RM4,005
- Simpanan KWSP pada tahap kritikal, bakal pesara bimbang hadapi hari tua