Home » Bantuan » Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Bantuan Untuk Golongan B40

Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Bantuan Untuk Golongan B40

Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC)

Kerajaan sangat komited untuk membantu melawan COVID-19 & setakat ini, Program Imuniasi Covid-19 Kebangsaan (PIC) berjalan dengan melancar bagi mencapai sasaran 80% populasi dewasa di Malaysia yang mendapat vaksin.

Sejak COVID-19 melanda negara, kerajaan Malaysia dengan sangat komited untuk membantu rakyat Malaysia terutamanya bagi golongan B40 yang sangat terkesan daripada segi kewangan mereka.

Selaras dengan itu, baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakon telah mengumumkan bantuan baharu yang dikenali sebagai Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) khusus bagi golongan B40.

Portal Malaysia ingin berkongsi maklumat lanjut mengenai Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC).

Senarai bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC)

Objektif utama bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC)bertujuan meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah golongan B40 dan memudahkan mereka mengamalkan norma baharu ketika ini.

Bagi yang layak, anda akan menerima kit bantuan seperti berikut:

  1. Pek pelitup muka (4 keping setiap keluarga)
  2. Kit ujian kendiri COVID-19 (4 kit setiap keluarga)
  3. Pulse oximeter
  4. Termometer
  5. Risalah panduan penggunaan dan info kesihatan

Golongan yang layak untuk PPC

Untuk permulaan, pemberian PPC ini akan diberikan kepada mereka yang juga penerima Bantuan Prihatian Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga.

Penerima Bantuan Prihatian Rakyat (BPR) yang sudah keluarga ini biasanya mereka yang sudah berkahwin, memiliki atau belum mempunyai anak atau ibu bapa tunggal.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN? Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di https://t.me/bantuankerajaan

Buat masa ini, terdapat 8.4 juta penerima BPR namun untuk golongan yang layak untuk menerima PPC ini, sejumlah 3.6 juta yang layak.

Dengan itu, kerajaan akan memperuntukkan RM471.6 juta kepada golongan B40 untuk program Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) ini.

Baca juga: Rayuan BPR Dah Boleh Disemak! Bantuan RM100 – RM400.

Pemberian dos ketiga COVID-19

Idea pemberian dos ketiga COVID-19 atau booster shot ini bukanlah perkara baru malahan perkara ini terlebih dahulu dibincangkan oleh pakar-pakar perubatan di luar negara.

Bersempena dengan pengumuman bantuan PPC ini, kerajaan telahpun bersetuju untuk pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 mengikut syarat-syarat seperti berikut:

  1. Hanya diberikan kepada golongan berisiko tinggi seperti mereka yang mempunyai masalah kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun, warga tua dengan komorbiditi & individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan untuk jangka panjang
  2. Diberikan selepas kadar populasi dewasa telah mencapai 80%

Garis panduan pemberian dos ketiga ini akan diumumkan kelak oleh Menter Kesihatan Malaysia setelah perincian mengenainya dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Baca juga: Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan – Mohon Untuk Ibu Bapa

Penafian – Bahan artikel admin kongsikan diatas sekadar panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Bantuan Untuk Golongan B40” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!