Home » Isu Semasa » Pakatan Harapan Bertanding Dengan Logo Masing-masing di PRN Sarawak

Pakatan Harapan Bertanding Dengan Logo Masing-masing di PRN Sarawak

Pakatan Harapan (PH) membuat keputusan untuk menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-12. Ia dikatakan tiada kaitan dengan kekalahan di PRN MELAKA baru-baru ini kata Setiausa Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook.

Tambah beliau, ia adalah keputusan berdasarkan dibuat kepimpinan negeri bagi menentukan penggunaan logo berkenaa di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi nanti.

“Kami berikan kuasa autonomi kepada kepemimpinan parti di Sarawak untuk membuat keputusan, umum mengetahui mereka ada autonomi dari segi dasar dan keputusan politik.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

“Kalau lihat sejarah, dalam pilihan raya yang lalu juga mereka gunakan logo masing-masing walaupun di Semenanjung kita buat logo bersama,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan banjir kepada penduduk Kampung Sungai Jai di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan setiap parti komponen PH sarawak akan menggunakan logo masing-masing bagi DUN yang mereka tandingi di PRN Sarawak.

 

Disclaimers – Semua artikel admin share diatas merupakan tutorial dan rujukan yang related dengan “Pakatan Harapan Bertanding Dengan Logo Masing-masing di PRN Sarawak” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!