Pakar ‘Baca’ Bahasa Tubuh Amber Heard Di Mahkamah, Dedah Ada Kebencian Yang Disembunyi

Pakar ‘Baca’ Bahasa Tubuh Amber Heard Di Mahkamah, Dedah Ada Kebencian Yang Disembunyi 2

Beberapa potongan video kes perbicaraan dakwaan keganasan rumah tangga terhadap Amber Heard oleh bekas suaminya, Johnny Depp tular di media sosial..

Pakar ‘Baca’ Bahasa Tubuh Amber Heard Di Mahkamah, Dedah Ada Kebencian Yang Disembunyi 3

Kes yang kini sedang dibicarakan di Fairfax County Circuit Courthouse di Virginia, Amerika Syarikat telah membongkar beberapa perkara mengenai kisah silam Johnny dan Amber sewaktu mereka bergelar suami isteri.

Menjawab pertuduhan tersebut, pelakon berusia 59 tahun itu menyelarnya sebagai sesuatu yang ‘keji dan mengganggu’, kemudian mengakui dia tidak pernah memukul Amber atau mana-mana wanita lain sepanjang hayatnya..

Menerusi video perbicaraan itu, seorang pakar bahasa tubuh, Janine Driver, sempat menganalisa bahasa tubuh bekas pasangan suami isteri itu. Bercakap kepada Court TV, pakar tersebut menganalisis perincian-perincian kecil pada kelakuan Amber serta Johnny yang penonton mungkin terlepas pandang..

Pakar ‘Baca’ Bahasa Tubuh Amber Heard Di Mahkamah, Dedah Ada Kebencian Yang Disembunyi 4

Ketika mendengar semula rakaman audio mahkamah, Janine mendakwa Amber banyak menunjukkan sifat ‘kebencian’.

Ianya jelas pada belah kiri mukanya. Ianya menunjukkan keunggulan moral, dan ianya terletak di tempat yang salah sekiranya dia wanita yang dipukul. Saya bekerja dengan banyak wanita yang dipukul, mereka tidak menunjukkan kebencian.

Selalunya, mereka akan menujukkan rasa takut atau sedih… dan saya masih belum nampak rasa itu pada wajah Amber..”

Lebih banyak yang melihat, lebih besar rasa kebencian. Saya nampak itu setiap hari di muka Amber… tidak sekali pun di muka Johnny..

Tambah Janine lagi, dia pernah melihat riak wajah yang lebih kurang sama ketika menontot kembali kes perbicaraan mahkamah yang lebih kurang sama seperti kes Casey Anthony, Jodi Arias, dan Anthony Weiner. Janine juga berkata, kebencian adalah salah satu daripada 7 emosi sejagat yang tidak dapat disorok dari riak wajah.

Selain itu, Amber juga dilihat banyak kali menyentuh mukanya. Menurut Janine, pergerakan tersebut ada satu perkara semula jadi yang akan dilakukan manusia sekiranya berada di dalam tekanan atau keresahan..

“Bila Amber sentuh dahi… itu tanda malu.”

Pakar ‘Baca’ Bahasa Tubuh Amber Heard Di Mahkamah, Dedah Ada Kebencian Yang Disembunyi 5

Dalam pada itu, bagi Johnny pula, Janine berkata dia banyak kali tersenyum sekiranya diminta untuk memberi keterangan, terutama sekali pada waktu-waktu tegang atau yang tidak selesa bagi Johnny. Bila dikaitkan dengan penderaan yang pernah Johnny alami sewaktu kecil, ada penjelasan saintifik kepada reaksi yang diberikan.

Bila manusia rasa lemah atau terdedah atau dikebiri, mereka akan senyum.

Ianya adalah satu cara untuk ‘sorok’ semua penderitaan yang mereka alami. Ianya satu mekanisma pertahanan yang mereka akan gunakan sepanjang hayat mereka.

Saya yakin Johnny telah memberi senyuman yang sama untuk bertahun-tahun… senyuman ini berkata ‘aku tidak selesa’.”

 


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3