Pak Nil Berjaya Kumpul Lebih RM100,000 Untuk Bantu Zamani


Setelah lama menderita sakit tulang belakang atau skoliosis. , penyanyi popular , Zamani Slam telah dibantu oleh pengacara popular , Pak Nil dengan berusaha untuk  mengumpulkan dana bagi membantu membiayai kos pembedahan tersebut.

Dana yang berjaya dikumpulkan sangat tidak terduga kerana ianya mencapai lebih RM100,000 dan ianya hasil daripada sumbangan orang ramai dan peminat setia penyanyi popular itu.

Mengenai pengumpulan dana tersebut , ianya dikhabarkan hanya dilancarkan selama 10 jam sahaja dan telah berjaya mengumpulkan dana yang begitu banyak dan Pak Nil cukup terharu dengan keprihatianan  rakyat Malaysia,

Dek kerana dana sudah mencukupi , Pak Nil sudah mengumumkan penutupan tabung dana tersebut dan telah berkongsi kenyataan tersebut di media sosial miliknya.

“Tabung bantuan untuk Zamani dah Pak Nil tutup ya. Itu adalah jumlah penuh yang dapat dikutip.”

“Memang di luar jangkaan dan memang ramai sayangkan Zamani. Semoga Allah balas kebaikan kamu semua dengan rezeki yang berlipat kali ganda. Semoga dengan bantuan ini, Zamani dapat disembuhkan. Aminn,” tulisnya.

Dalam satu perbualan telefon yang dirakam , Paknil dikatakan memohon maaf kepada Zamani kerana membuat kutipan tanpa pengetahuan penyanyi itu.

Pada dasarnya , Zamni sudah menolak untuk menerima derma kerana mengakui dirinya masih mampu untuk mengumpul wangnya untuk pembedahan tersebut namun sikap prihatin Pak Nil lebih menebal kerana merisaukan keadaadan Zamani yang dilihat bergitu kesakitan semasa menyanyi .

Malah sebelumnya , pengurus Zamani sudah meminta agar pihak lain tidak mewujudkan tabung dana kerana penyanyi itu masih di peringkat awal rawatan serta bimbang jika wujudnya scammer yang mahu mengambil kesempatan atas perkara  tersebut.


“Minta maaf Pak Nil buat kutipan untuk Zamani tak cakap dengan Zamani sebab Pak Nil tahu Zamani kata tak nak meminta-minta.”

“Tapi Pak Nil kata tak apa biar Pak Nil yang buat. Zamani nak buat ‘show’ banyak-banyak, Pak Nil rasa keadaan Zamani nanti lagi memudaratkan,” katanya.

Zamani yang merasa terharu dan gembira atas sokongan orang ramai enggan menerima wang tersebut pada mulanya dan meminta Pak Nil untuk  menyimpan wang tersbeut sehingga tiba waktu penbedahan dijalankan,.

Namun Pak Nil meminta Zamani untuk mengambilnya terlebih dahulu bagi kegunaan rawatan kerana tidak mahu Zamani bekerja keras dan penat hingga boleh memudaratkan kesihatannya yang sememangnya sudah nampak sudah begitu sukar  untuk berdiri.

Penafian – Bahan artikel portalamalaysia kongsikan diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Pak Nil Berjaya Kumpul Lebih RM100,000 Untuk Bantu Zamani” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.