Padah Video Khianat Oku Tular


Dua pekerja syarikat penghantaran barang di Kuching, ditahan oleh pihak polis apabila video berdurasi 56 saat tular di mesia sosial, semalam.

Video membabitkan seorang daripada mereka membuli lelaki orang kelainan upaya (OKU) di Bandar Baru Semariang.


Padah Video Khianat Oku Tular 1

Baca juga:

Video Khianat Tular:

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, suspek lelaki berusia 24 tahun membakar mercun dan menghalakan kepada lelaki OKU berusia 40 tahun yang sedang berehat di tangga sebuah bangunan.

Menurutnya, di dalam video itu suspek turut menakutkan mangsa dengan mengacah-acah mencucuknya dengan objek tumpul dan perbuatan itu dirakam rakan sekerjanya.


“Berikutan video yang tular di laman sosial itu, satu laporan polis diterima dan bertindak atas laporan itu dua suspek termasuk yang merakam video itu ditahan oleh anggota dari Balai Polis Santubong serta Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, petang semalam.

Direman Empat Hari:

Suspek direman empat hari mulai hari ini dan semua barang kes termasuk pakaian seragam syarikat penghantaran yang dipakai suspek utama ketika kejadian dan bekas mercun yang digunakannya dirampas.

Menurutnya, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan objek dan Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana cuai menggunakan bahan letupan iaitu mercun.


Jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, suspek boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda manakala bagi Seksyen 286 Kanun Keseksaan pula dia boleh dipenjara sehingga enam bulan.

 

Sumber: Metro




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3