Dengan markah 69.80%, Fuad Rahman yang menduduki tangga ke-7 konsert GV9 minggu lalu berjaya mendapat sambutan yang baik daripada juri. Suara lembutnya kedengaran begitu sempurna ketika menyanyikan lagu kumpulan Search berjudul ‘Laila Namamu Teratas’.
Fuad Rahman mantap nyanyikan lagu kumpulan Search
Dari awal sampai persembahan tamat, sekali pandang seperti tiada apa-apa masalah berlaku. Tampan dan kemas mengenakan suit putih, penyanyi Singapura ini kelihatan begitu berkeyakinan melontarkan vokal mantapnya. Tapi di sebalik semua itu, siapa sangka rupanya ada benda lain yang terjadi.
Di salah, dia salah nyanyi…Bertenang dalam seram…Dia dah skip, dia dah skip
@pennbasschannel Detik SERAM di #gegarvaganza ♬ original sound – PennBassChannel
Di sebalik pentas langsung Ahad lalu, kumpulan pemuzik itu sebenarnya berdepan detik cemas selepas Fuad didapati tersalah nyanyian melodi. Ada bahagian tertentu yang sudah dilangkau (skip), namun mujurlah kesemuanya pantas menyesuaikan semula muzik mengikut rentak penyanyi dan berjaya menyelamatkan keadaan.
Berjaya menutup malu, bila pro macam tu cepat adjust… Nasib baik dapat
Tampil sempurna sepanjang 3 minit membuat persembahan, netizen mengakui tidak menyedari ‘kejadian’ yang berlaku kerana bunyi muzik dan suara Fuad seiring. Selain itu, mereka memuji tahap profesional pemuzik itu kerana sangat bijak mengawal masalah yang tercetus secara tiba-tiba.