OctaFX Masuk Senarai Amaran BNM, Fizo Omar & Wak Doyok Masih Diam Membisu


Setelah satu pengumuman tentang platform pelaburan, OctaFX yang dikatakan sebagai pelabura tidak sah yang mana ianya sudah masuk ke dalam senarai amaran Bank Negara Malaysia (BNM).


Dua duta pelaburan tersebut yang juga selebriti terkenal Malaysia iaitu pelakon Fizo Omar dan Wak Doyok masih lagi mendiamkan diri dan tidak pernah membuat sebarang kenyataan tentang kesahihan pelaburan tersebut.

Mereka juga nampaknya mengelakkan diri daripada dihubungi oleh pihak media sehingga tidak dapat dihubungi untuk mengulas dengan lebih lanjut berkenaan pelaburan tersebut .

Senarai Hitam

Malah tinjauan daripada pihak netizen dan media juga mengesahkan bahwa mereka masih lagi menjadi duta bagi pelaburan berkenaan dan masih menggunakan nama mereka untuk tujuan promosi.


Mereka yang telah dilantik menjadi Duta OctaFX sejak Febuari 2022 pernah mengakui bahawa sistem pelaburan tersebut sah dan mampu memberikan pulangan besar kepada pelabur.

Selain BNM, Suruhanjaya Sekuriti (SC) turut menyenaraikan OctaFX dalam senarai Amaran Pelabur atas alasan kemungkinan skim pelaburan haram klon yang menawarkan pulangan tinggi.

BACA INI : Sakinah Buat Keputusan Mengejutkan Selepas Hampir Setahun Berkahwin Dengan Lelaki Sweden

OctaFX adalah broker antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia sejak 2011 dan ia sering dipromosikan di lawan Youtube dan Facebook .




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3