Pada bulan lalu nama pelakon Nynaa Harizal dan suami menjadi hangat diperkatakan susulan kontroversi rumah tangganya yang seperti filem hidustan. Malah dikatakan mendapat campur tangan keluarga Nynaa yang telah menjadikan keadaan sangat bercelaru.Bagaimanapun, Nynaa akhirnya kembali taat kepada suaminya, Fahmi Elias setelah hampir sebulan tidak tingal sebumbung selepas berkahwin.
Setelah kemabli taat dab bersama suami tercinta , Nynaa terlihat sering berkongsi hantaran kebersamaan mereka di media sosialdan nampaknya semakin bahagia menti hari menjadi seorang isteri kepada usahawan berjaya tersebut.
Kelmarin terdapat satu perkongsian yang mana Nynaa telah menjadi perhatian ramai dan diperkatakan apabila memuat naik video bersama suami menaiki pesawat peribadi ke Pulau Pinang.
Nina yang bersama suaminya menaiki pesawat peribadi yang dilengkapi dengan makanan ringan malah berkongsi moment bahagia bersama di Penang dan menikmati nasi kandar.
Malah perkongsian daripada Nynaa itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang gembira melihat rumah tangga pelakon itu kini bahagia serta mendoakan agar perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.
Terdahulu, Nynaa meluahkan rasa syukur doanya untuk kembali bersama suami dimakbulkan Allah. Kata Nynaa lagi dia terlalu menyayangi suaminya dan hanya ajal boleh memisahkan mereka dan bersyukur kerana suaminya masih menerima dirinya dengan hati terbuka serta masih menyayanginya seperti dahulu.