Home » Gosip Artis Malaysia » Baru Beberapa Bulan Nikah , Nynaa Harizal Beri 7 Syarat Jika Suami Ingin Bertemu Dengannya.

Baru Beberapa Bulan Nikah , Nynaa Harizal Beri 7 Syarat Jika Suami Ingin Bertemu Dengannya.

Baru beberapa bulan mendirikan rumah tangga yang  meriah  iaitu pada 28 Ogos 2021. Nynan Harizal sudah berhasrat untuk bercerai dengan suaminya dan telah dikatakan nusyuz kerana tidak kembali kepada suaminya dan tidak balik kerumah dalam tempoh perkahwinan mereka.

Dikatakan Nynaa keluar rumah tanpa kebenaran suaminya dalam tempoh lebih kurang 2 minggu dan tinggal dirumah ibu bapanya . Nynaa yang juga tidak menghubungi suaminya dah tidak menjenguk langsung suaminya dalam tempoh tersebut dengan secara tiba-tiba memohon peceraian pula baru- baru ini . Fahmi yang cukup kecewa dengan perkara tersebut berharap agar ianya dapat diselesaikan dengan baik dan  tidak mahu  penceraian berlaku dalam perkahwinan mereka kerana masih menyayangi isterinya.

Suami kepada pelakon baru Nynaa Harizal iaitu Mohamed Fahmi Ilyas , 29 tahun memberikan penjelasan kepada media semasa ditemuramah bahawa isterinya telah mengemukakan sebanyak 7 syarat untuk bertemu bagi membincangkan urusan tentang perceraian mereka.

Dia yang pada mulanya, merasa sangat bahagia apabila mendapat panggilan telefon dari isteri tersayang tetapi menjadi benar- benar hampa apabila diberitahu bahawa perlu memenuhi semua syarat yang diletakkan oleh Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 25 jika ingin bertemu dengan isterinya.

Fahmi sedikit terkilan kerana hanya ingin bertemu isterinya sendiri tapi perlu bersyarat . Beberapa syarat yang perlu dituruti adalah:

– Berjumpa di pejabat peguam di Johor Bahru.
– Datang seorang diri.
– Tidak boleh merakam perbualan.
– Tidak bole membawa pemandu .
– Tidak bole membawa bodyguard.
– Tidak bole bawa ahli keluarga.
– Tidak bole membawa pihak media.

Sebelum ini, pada tarikh 10 November lalu, Nynaa telah memfailkan permohonan cerai kepada Fahmi di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru, Johor dan sehubungan dengan itu, pada 11 November pula, Fahmi membuat tuntutan nusyuz kepada Nynaa agar isterinya kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa Harizal didakwa keluar rumah tanpa kebenaran.

Seperti yang sedia maklum, Nynaa masih berada bersama keluarganya dan masih bertegas untuk bercerai dengan suaminya namun suaminya menginginkan pernjelasan mengapa diperlakukan begitu kerana ini soal maruah dirinya dan keluarganya. Mengapa berkahwin jika sememangnya tidak mempunyai hati kepadanya.

Fahmi juga menegaskan bahawa sebelom majlis perkahwinan hubungan mereka seperti biasa dan sangat rapat dengan ahli keluarga Nynaa malah tidak pernah ada perselisihan faham atau pergaduhan namun entah apa silapnya isterinya dibawa pergi oleh pihak perempuan walhal sudah sah menjadi suami isteri.

Djelaskan juga beberapa konflik terjadi selepas mereka bertunang, apabila ibunya Nynaa seperti tidak menyukai Fahmi tetapi masih tidak dapat memastikan punca yang sebenar namun terdapat beberapa isu dan salah satunya melibatkan kewangan.

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia kongsikan dihalaman ini sekadar tutorial dan rujukan yang berkaitan dengan “Baru Beberapa Bulan Nikah , Nynaa Harizal Beri 7 Syarat Jika Suami Ingin Bertemu Dengannya.” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes