“North London Derby” Mudah! Buat Spurs, Jinakkan Arsenal Di halaman Sendiri!


Perebutan tempat ke-4 Liga Perdana Inggeris. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.


Tottenham menghidupkan semula harapan untuk kekal ke saingan Eropah apabila dengan mudah mengatasi Arsenal 3-0 di perlawanan Derbi Utara London.

"North London Derby" Mudah! Buat Spurs, Jinakkan Arsenal Di halaman Sendiri! 2

Dalam perlawanan yang mempunyai implikasi besar di Stadium Tottenham Hotspur antara dua pesaing sengit yang bersaing untuk tempat dalam empat teratas berpihak kepada tuan rumah. Spurs berjaya dan beraksi dengan lebih baik untuk mencatatkan kemenangan liga terbesar mereka dalam Derbi Utara London sejak 1983.

"North London Derby" Mudah! Buat Spurs, Jinakkan Arsenal Di halaman Sendiri! 3

Harry Kane menjadi wira buat Spurs apabila menjaringkan dua gol peribadi. Gol pertama dijaringkan pada minit ke-22 apabila Son dikasari Cedric Soares dan Rob Holding didalam kotak penalti. Harry Kane yang sememangnya pakar dalam sepakan penalti dengan mudah menyumbat gol pertama perlawanan.


Namun, Arsenal bernasib malang apabila pertahanan, Rob Holding dilayangkan kad kuning kedua selepas menyiku Son dalam perebutan hantaran bola pada minit ke-33. Kad merah itu menyaksikan Holding sebagai pemain ke-10 yang menerima kad merah untuk Arsenal pada musim ini.

"North London Derby" Mudah! Buat Spurs, Jinakkan Arsenal Di halaman Sendiri! 4

Tidak lama selepas insiden itu, Spurs menggandakan jaringan menerusi Kane apabila bijak menanduk bola masuk hasil hantaran sudut Son yang terbias kepada Bentancur pada minit ke-37.

Kedudukan 2-0 kekal sehingga babak pertama tamat. Masuk babak kedua, Spurs tidak menunggu lama apabila menambah jaringan ketiga menerusi kapten pasukan Korea Selatan, Son yang bijak memanfaatkan kecuaian pertahanan Arsenal pada minit ke-47.


"North London Derby" Mudah! Buat Spurs, Jinakkan Arsenal Di halaman Sendiri! 5

Walaupun bermain dengan 10 pemain, Arsenal tetap cuba melakukan asakan bagi mencari gol pada minit ke-50 namun kekebalan pertahanan Spurs banyak menidakkan serangan Arsenal.

Namun tiada jaringan berjaya ditambah bagi kedua pasukan dan keputusan kekal 3-0 sehingga wisel penamat ditiup pengadil.

Dalam perebutan kedudukan empat teratas, Spurs dengan 65 mata kini hanya satu mata di belakang Arsenal yang berada di tempat keempat dan mempunyai perbezaan gol yang lebih baik untuk menuju ke dua perlawanan terakhir musim ini.


"North London Derby" Mudah! Buat Spurs, Jinakkan Arsenal Di halaman Sendiri! 6

Chelsea yang berada ditempat ketiga dengan 70 mata dan dengan perbezaan gol yang jauh lebih baik hanya memerlukan satu mata daripada dua perlawanan terakhir mereka untuk memastikan bola sepak Liga Juara-Juara musim depan.

Arsenal akan menamatkan perlawanan di Newcastle United pada hari Isnin sebelum menerima kunjungan Everton pada hari terakhir. Sementara itu, Spurs akan mengalu-alukan kedatangan Burnley pada hari Ahad menjelang perlawanan hari terakhir di Norwich City yang sudah pun tersingkir ke Liga Kejuaraan.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3