Home » Gosip Artis Malaysia » Nora Tidak Paksa Suami Ceraikan Isteri Pertama.

Nora Tidak Paksa Suami Ceraikan Isteri Pertama.

 

Datuk Nora sekali lagi menggemparkan dunia hiburan apabila dia yang baru mendirikan rumah tangga baru-baru ini dituduh merosakkan hubungan kekeluargaan di antara pihak suami dan bekas isteri.

Nora yang telah bernikah dan selamat mendirikan rumah tangga dengan kawan baik arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi dalam satu majlis tertutup baru-baru ini.

Yang mana pengakuan tersebut telah menutup gosip bahawa dia pernah bernikah dengan seorang menteri seperti yang bertebaran sebelum ini.

Melalui media sosial terdapat kenyataan yang mendakwa bahawa Nora telah merahsiakan dan menyembunyikan tarikh sebenar pernikahannya dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya itu yang difahamkan sudah hampir dua tahun.

Malah terdapat satu paparan perbualan dari seseorang yang mengatakan bahawa Nora telah meminta suaminya untuk menceraikan isteri pertamnya hanya dengan menulis di kertas.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Bagaimanapun kedua-dua kenyataan itu disangkal oleh Nora dan tidak mengaku terhadap tuduhan yang dikatakan terhadapnya.

Malah mengaggap bahawa semua itu tudahan dan fitnah yang tidak benar serta tidak mahu memberikan sebarang penyataan berkenaan tuduhan tersebut untuk meredakan keadaan.

Walaubagaimanapun , tiada juga penyataan atau penjelasan yang mengatakan bahawa status suaminya itu sama ada sudah mempunyai isteri atau duda sebelum berkahwin dengan Nora.

Nora yang baru mendirikan rumah tangga selepas kehilangan suaminya iaitu Johan yang meninggal dunia pada usia 52 tahun akibat serangan jantung pada 24 Mac 2017.

Dalam hantaran terbaru dari Ig miliknya juga menegaskan supaya pemfitnah munculkan diri dan bersemuka bagi menjelaskan keadaan tersebut agar masalah ini dapat diselesaikan dengan baik dan tidak mengaibkan sesiapa malah dia bersedia untuk bersemuka kepada sesiapa  yang berniat memburukkan keadaan yang menyebabkan kekeliruan dan tuduhan yang buruk di atas perkahwinan yang baru dibina.

Penafian – Bahan artikel portalamalaysia kongsikan dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Nora Tidak Paksa Suami Ceraikan Isteri Pertama.” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!