Nora Danish Tak Senang Duduk Tonton Filem Mat Kilau – “Cuma Tak Puas Hati…”

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sehingga sekarang masih mendapat sambutan hangat meskipun telah lebih dua bulan ditayangkan.

Tidak akan melepaskan peluang, pelakon yang terkenal iatu Nora Danish turut mengambil kesempatan untuk menonton filem epik Melayu itu di pawagam.

Sudah selesai menonton filem Mat Kilau, Nora berkata dia bersemangat untuk mempelajari ilmu silat gara-gara terpegun melihat setiap bunga dan langkah silat yang dipersembahkan.

Nora Danish Tak Senang Duduk Tonton Filem Mat Kilau – “Cuma Tak Puas Hati…” 8

“Selepas tengok Mat Kilau rasa nak belajar silat pun ada. Sangat cantik bunga dan langkah para pemain. Hebat semuanya,” katanya menerusi Instangam Story miliknya.

Nora Danish Tak Senang Duduk Tonton Filem Mat Kilau – “Cuma Tak Puas Hati…” 9

“Tangan basah tau tengok cerita ini, sangat-sangat mencemaskan. Tak senang duduk dibuatnya. Macam tengok WWF pun ada. Setiap kali tumbukan atau sepakan mengena, kita pun jerit ‘yeay’.

“Director pandai ambik angle mencantikkan semua segi. Nampak sangat kemas. Goosebumps setiap kali hero-hero kita muncul. Kudos to everyone!” tulis Nora.

Nora Danish Tak Puas Hati

Pada waktu itu,  pelakon sitkom Puteri ini turut meluahkan rasa sangat kecewa terhadap pengakhiran filem ini iaitu watak Wahid yang dilakonkan oleh Beto Kusyairy mati di tangan pembunuh upahan British.

“Cuma tak puas hati kenapa Wahid tumpas… Pengakuan, kita nangis bila scene Awang insaf. Rasaaa! Dan pemilihan Mat Kilau, memang TEPAT!” luahnya.

Nora Danish Tak Senang Duduk Tonton Filem Mat Kilau – “Cuma Tak Puas Hati…” 10

Telah di rekod, filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof dan diterbitkan oleh Studio Kembara berjaya mengaut kasil kutipan sebanyak RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3