Noor Nabila Padam Semua Gambar Suami Dan Ini Pula Yang Ditemui Di IG Engku Emran


Baru – baru ini hangat diperkatakan tentang kisah keretakan rumahtangga kakak kepada selebriti terkenal Neelofa, Noor Nabila yang dilihat sudah memadam semua gambar bersama suaminya termasuk foto perkahwinan mereka di Instagram.

Malah Noor Nabila turut menukar gambar profil Instagram miliknya dan itu menyebabkan orang ramai semakin yakin  tentang masalah yang dihadapi oleh pasangan ini.

Namun, lain pula ditemui di Instagram milik Engku Emran yang mana dia tidak memadam gambar bersama Nabila dan  kali terakhir dia memuat naik gambar berdua ketika ulang tahun perkahwinan mereka pada Mac lalu.


Melalui foto tersebut, pasangan tersebut dilihat baru sahaja selesai menunaikan solat jemaah bersama dan terliaht cukup bahagia menghabiskan masa bersama keluarga tercinta.

BACA :  “Perbetulkan Keadaan, Saya Tak Mahu Lihat Mereka Bercerai” – Yusof Haslam

Nabila turut memuat naik beberapa perkongsian gambar petikan kenyataan tentang hubungan yang seakan-akan memberi gambaran tentang perasaannya sebagai seorang isteri.

Malah terdapat juga petikan tentang kehadiran yang tidak dihargai selain tentang usaha dalam sesebuah hubungan namun tidak mendapat perhatian daripada pasangan.

 

Hubungan bermasalah

Hubungan mereka bukanlah pertama kali menjadi gosip hangat tetapi pernah dikatakan berantakan yang mana pada Jun lalu lagi sudah timbul khabar angin mengatakan hubungan mereka bermasalah.
Namun Nabila segera tampil dan menjelaskan perkara tersebut hingga menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan rumah tangga mereka dalam keadaan baik.
Malah Nabila juga mengakui dirinya dan suaminya memilih untuk menjaga privasi perkahwinan mereka daripada tatapan umum dan tidak mahu memuat naik gambar bersama di media sosial .
Tentang gosip yang beru tular ini pula, pasangan ini masih mendiamkan diri dan tidak menafikan atau mengiyakan tentang masalah yang melanda hubungan mereka .
Mungkin mereaka masih dalam fasa memulihkan hubungan antara mereka dan tidak mahu mengeruhkan keadaan yang sedang “panas ” malah memilih untuk mendiamkan diri bagi memberikan masa antara mereka.

 

Sekadar info , Nabila dan Engku Emran telah berkahwin pada Mac tahun lalu dan masih belum dikurniakan cahaya mata sepanjang perkhawinan mereka .

Sebelum ini Engku Emran pernah berkahwin dengan pelakon, Erra Fazira 2007 dan bercerai pada tahun 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun.

Engku Emran kemudiannya melangsungkan perkahwinan dengan pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella 2017 namun ikatan itu juga berakhir dengan perceraian pada tahun 2020.

Sementara Noor Nabila pernah berkahwin dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 202 dan hasil perkahwinan itu mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Disclaimers – Bahan artikel admin share diatas sekadar panduan dan rujukan artikel related dengan “Noor Nabila Padam Semua Gambar Suami Dan Ini Pula Yang Ditemui Di IG Engku Emran” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.