Menurut Bernama, pada jam 9 pagi tadi, mata wang tempatan menyusut nilai daripada 4.4570/4595 pada isnin kepada 4.4650/4670 berbanding dolar AS.

Baca juga:

Data ekonomi yang mengecewakan daripada pengimport minyak mentah terbesar dunia dan pengguna minyak mentah kedua terbesar di dunia, China telah menyebabkan harga minyak turut jatuh.


Kadar dasar utama China dikurangkan buat kali pertama sejak Januari, menurunkan kemudahan pinjaman jangka sederhana setahun sebanyak 10 mata asas kepada 2.75 peratus.

Ini merupakan langkah mengejutkan selepas angka perindustrian runcit, pelaburan untuk bulan Julai negara itu tidak seperti yang dijangkakan oleh ahli ekonomi.

Penanda aras minyak mentah Brent pula susut dari 1.13 peratus kepada US$94.03 setong.


Menurut peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues, tumpuan pelabur akan lebih terarah kepada keluaran minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (FOMC) yang dijadualkan pada hari Rabu.

Dokumen itu juga sepatutnya menawarkan petunjuk mengenai dasar monetari yang diterima pakai oleh bank pusat AS dalam beberapa bulan akan datang.

Menurut Bernama juga, gandingan dolar/ringgit kekal dalam zon rintangan dan penembusan di bawah paras 4.4365 boleh memberi ruang kepada penurunan seterusnya.


Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nilai Ringgit juga susut berbanding dolar Singapura.

Dolar Singapura kepada 3.2395/2414 daripada 3.2379/2402 pada penutup Isnin dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.3521/3539 daripada 3.3393/3415 sebelumnya.


Bagaimanapun semalam, unit tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3754/3778 daripada 5.3796/3826 semalam dan naik berbanding euro kepada 4.5338/5358 daripada 4.5488/5514.

 

Sumber: AGENDA DAILY