Jom Mohon Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NaDI) Sehingga RM5,000

Berita baik untuk suri rumah kerana di Selangor permohonan bagi Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan atau NaDI telah dibuka.

Jom Mohon Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NaDI) Sehingga RM5,000 1

Syarat Pembiayaan


  1. Jumlah had minima pembiayaan RM1000 dan maksima sehingga RM5,000
  2. Tempoh pembiayaan adalah selama 25 minggu ( 6 bulan) sehingga 150 minggu ( 3 tahun)
  3. Kadar keuntungan 8% setahun
  4. Bayaran ansuran secara mingguan

Dokumen yang diperlukan


  1. Gambar Berukuran Pasport 2 Keping
  2. Salinan IC Pemohon
  3. Pegesahan Akaun Bank Aktif
  4. Isi Borang Permohonan Hijrah
  5. Salinan Bill Utiliti Premis Atau Tempat Tinggal
  6. Dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas (kecuali gambar) mestilah dimuat naik dalam format PDF.

Baca  juga: Bantuan Pesawah RM200 Sebulan

Cara memohon


Bagi individu yang berminat, anda dikehendaki untuk mengisi borang di pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login untuk dihubungi oleh pihak Hijrah Selangor.

Maklumat lanjut


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan persoalan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai skim pembiayaan ini, boleh layari halaman web rasmi Hijrah Selangor di alamat www.hijrahselangor.com


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3